LELAKI mengalihkan tilam di sebuah sekolah yang dikendalikan agensi PBB di tengah Gaza. FOTO AFP
Dublin: Kerajaan Ireland semalam mengumumkan pakej bantuan kemanusiaan segera sebanyak 13 juta euro (kira-kira RM65 juta) kepada rakyat Palestin, sambil menyeru gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.
Dana itu akan hampir menggandakan bajet bantuan Ireland kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyokong rakyat Palestin, kata kerajaan - yang pada mulanya ditetapkan pada jumlah 16 juta euro (kira-kira RM80 juta) untuk tahun ini.
"Ini adalah krisis," kata menteri luar negeri Michael Martin dalam satu kenyataan, sambil menyeru Kesatuan Eropah (EU) "untuk meningkatkan sekarang untuk memberikan sokongan yang mereka boleh."
Mengulangi gesaan oleh Perdana Menteri Leo Varadkar, Martin juga menggesa pembukaan koridor kemanusiaan dari Mesir ke Semenanjung Gaza.
Penduduk Gaza menghadapi kekurangan bekalan yang teruk kerana wilayah itu dikepung sepenuhnya oleh Israel susulan perang antara Hamas dan rejim zionis itu sejak 7 Oktober lalu.
Disiarkan pada: Oktober 19, 2023 @ 8:56am
|