CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24981|Reply: 268

Lelaki diakhir zaman ini (Satu Luahan)

[Copy link]
Post time 26-1-2011 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chit_ana at 26-1-2011 22:23

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir........

mampukah laki zaman sekarang menjadi lelaki yang dipikirkan seperti atas?
kite tengok lelaki lebih banyak berada di pusat serenti dan perempuan lebih banyak di universiti. lelaki juga kebanyakan pandai ambik kesempatan seperti harapkan muka je hensem, perangai baik, tp sedar tak sedar ..laki tu kaki lucah, kaki zina, kaki pompuan....



***dah search macam belum ada topik ni.kalu dah ada lock je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 10:02 PM | Show all posts
Apa soalan yg nak ditanya ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 10:05 PM | Show all posts
nati edit balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 10:56 PM | Show all posts
saya sangat bersetuju dgn awk..coz saya dah pernah jumpe lelaki seperti tu....siap orang terdekat dgn die cakap die tu baik sangat2..tapi kita yg kenal die..huh..perangai hampeh!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:09 PM | Show all posts
hak alah.. guys2 camtu la br macho..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:20 PM | Show all posts
kalo nk laki yg baik..pompuan pn kena la baik..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2011 11:26 PM | Show all posts
kalau cari kat disko..mmg takkan jumpa la...

kalau cari disekitar kita mungkin akan berjumpa...

tapi

kalau cari kat majlis2 ilmu...InsyaAllah akan jumpa.....

keikhlasan adalah sesuatu yg paling sukar untuk dimiliki......
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:26 PM | Show all posts
yela, kadang2 luaran jek nampak baik.
kat mata masyarakat, kemain lagi haa.. :@
punya la orang respek..
tapi, belakang orang, hazabedah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 11:39 PM | Show all posts
kalo bkn kaki pompuan...bukan lelaki la jawabnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:48 PM | Show all posts
adakah kau seperti wanita yang aku fikirkan sebagaimana lelaki yg kau fikirkan???
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:54 PM | Show all posts
Reply 1# chit_ana

Salam...

Saya nak chit_ana bersedia menjawab soalan dan bidasan saya nanti..... berani kau menyoal dan memberi fakta begini yea.....
  
Kau sebenarnya telah masuk ke gelanggang ku ( tanya lelaki ).... walaupun itu satu luahan tetapi bagiku itu adalah cabaran ..... bersedia kau....


Kaum lelaki wajib bersedia... ini kira perang nie.....hmy3: perang cyber la.......

Salam....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:57 PM | Show all posts
adakah kau seperti wanita yang aku fikirkan sebagaimana lelaki yg kau fikirkan???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 12:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by cozack at 27-1-2011 00:19

hehhehe

TT ni idup kat dunia ni utk cari lelaki camtu ke??? atau TT just idup utk kawen shaja???

hidup ni utk ape TT???????

utk diri sndiri atau utk lelaki?? klau ko baik, soleh, ikut sgala2 syariat ttg islam...xyah risau ttg segala yg hadir dlm idup ko TT.

sbb semua dlm dunia ni dugaan2 belaka!!!! sburuk2 dugaan anda d dunia ni, adalah sebaik2 hubungan anda dgn Allah(klau tiada dugaan sntiasa lah bersyukur, tp xramai camtu..hehehe)...jadi, kesimpulan yg sntiasa tersimpul..sntiasa jaga hubungan dgn Allah......bkn sntiasa mgharap, harap dan trus mgharap. skian....scebis taipan dri hamba fakir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 12:20 AM | Show all posts
hanya mampu tersenyum dengan jawapan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 12:21 AM | Show all posts
kalo sajak tu tukar pada nama wanita adakah t.t termasuk dlm golongan yg di cari tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 12:24 AM | Show all posts
kalo sajak tu tukar pada nama wanita adakah t.t termasuk dlm golongan yg di cari tu
B.K Post at 27-1-2011 00:21


wanita juga tidak terkecuali.ini membuatkan sy merenung kembali diri sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 12:30 AM | Show all posts
hehhehe

TT ni idup kat dunia ni utk cari lelaki camtu ke??? atau TT just idup utk kawen shaja???
...
cozack Post at 27-1-2011 00:17


taklah...bukan sebab nak berkawin ke apa.manusia adam dan hawa mmg perlu berusaha untuk menjadi insan soleh dan solehah..tapi yang pastinya setiap hawa mengimpikan adam yang mukmin kerana mereka yang sepatutnya memimpin dan menjaga hawa dengan sebaik-baiknya...kerna pastinya adam yang mukmin dan bertaqwa tidak akan menzalimi hawa walaupun ia tidak menyenanginya sesuatu tentang dirinya...

alangkah baiknya kalau lelaki dapat seimbangkan antara urusan dunia dan akhirat. Biar semua bersederhana. Tak lebih dan tak kurang...kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 12:34 AM | Show all posts
Reply  chit_ana

Salam...

Saya nak chit_ana bersedia menjawab soalan dan bidasan saya nanti... ...
fcoy Post at 26-1-2011 23:54


apa soalan saudara?

sama aje lah lelaki ke perempuan.. umat akhir zaman.. muhasabah diri, tepuk dada tanya iman.. wanita pun boleh jatuh dek lelaki, jelas wanita penuh emosi, mudah termakan pujuk rayu, dan wanita juga pandai memujuk rayu.

tapi kalu lelaki x mulakan camtu,perempuan takde lah terikut kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 12:40 AM | Show all posts
adakah kau seperti wanita yang aku fikirkan sebagaimana lelaki yg kau fikirkan???
conrate Post at 26-1-2011 23:57


belum sampai ke tahap itu.harap2 sama2 lah kite perbaiki pe yang kurang
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 12:40 AM | Show all posts
wanita juga tidak terkecuali.ini membuatkan sy merenung kembali diri sendiri...
chit_ana Post at 27-1-2011 00:24



    marilah kita sama3 merenung (muhasabah) diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list