|
Post Last Edit by bacteria82 at 29-1-2011 06:53
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Sompek.
Lelaki kaya : Sayaingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).
Pak Sompek: Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Sompek memanggil anak buahnya yang bernama Kamal Afendi dan memberikan arahan...
Pak Sompek: Mal,tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Kamal : Hantar ayam?Beres Tuan !
Esoknya dengan menunggang motor si Kamal pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri.
Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yangdia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Kamal.
Tetapi si Kamal tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak.
Seseorang di antara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Kamal ketawa ...
Orang yg bertanya :Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Kamal : Ha... ha...ha... !
Orang yg bertanya :Bang, kenapa bang ?
Kamal : Ha... ha...ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada padaaku... Hua.. ha.. ha.. ha..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|