CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5038|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mana mau lari?

[Copy link]
Post time 21-10-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang diperiksa dan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dan operasi di tiga daerah kelmarin serta semalam. FOTO Ihsan JIM

Seremban: Tidak hanya menyasarkan rumah kongsi atau rumah pekerja malah kedai runcit, restoran dan kediaman mewah sekitar Seremban, Nilai serta Kuala Pilah turut diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengesan kehadiran pendatang asing tanpa izin.

Hasil pemeriksaan rutin sejak Rabu lalu, JIM berjaya menahan 28 pendatang tanpa izin daripada pelbagai negara.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi dilaksanakan hasil aduan awam serta risikan yang dijalankan pihaknya berhubung kehadiran warga asing di sesebuah lokasi.

"Secara keseluruhan kami melakukan pemeriksaan di 12 lokasi di Kuala Pilah, Nilai dan Seremban. Kami memeriksa seramai 122 warga asing sebelum 28 daripada mereka ditahan.

"Mereka diberkas membabitkan lima lelaki Indonesia, 11 lelaki Bangladesh, masing-masing lima lelaki dan wanita Myanmar, seorang lelaki warga India serta Pakistan," katanya tadi.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lenggeng untuk tindakan lanjut.

"Semua individu itu didapati melanggar peraturan Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan rutin dengan memberi tumpuan di kawasan yang dilaporkan terdapat kehadiran warga asing walaupun dalam jumlah tidak ramai.

"Kami melakukan pemeriksaan di rumah kediaman, rumah pekerja kebun, restoran dan kedai runcit. Ini bagi memastikan pati ini rasa tidak selamat berada di negara meskipun berada di kawasan yang tidak dijangka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1021891/mana-mau-lari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.204603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list