CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4437|Reply: 0

JDT bikin The Bos Gaurus terduduk menangis tidak berlagu

[Copy link]
Post time 21-10-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain JDT meraikan jaringan Nazmi ketika menewaskan Perak FC 4-1 pada aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan tiada istilah ‘lambat panas’ selepas meletakkan sebelah kaki ke pentas final Piala Malaysia dengan menewaskan Perak FC 4-1 pada aksi separuh akhir kelmarin.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh itu, skuad Harimau Selatan meraih gol hasil jaringan Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad dan Nazmi Faiz, manakala tuan rumah mendapat gol tunggal menerusi Luciano Guaycochea.

Pengendali import JDT, Esteban Solari mengakui pasukannya masih belum berada pada tahap 100 peratus memandang­kan barisan pemain baru sahaja dikumpulkan selepas berehat dua minggu kerana kalendar antarabangsa.

Kata Solari, pasukan sepatutnya boleh mendapatkan lebih banyak jaringan tetapi keputusan semasa yang diraih boleh dianggap cukup positif dalam usaha untuk mara ke pentas final.

“Semua pemain faham de­ngan taktikal yang cuba kami terapkan pada perlawanan ini dan saya sangat gembira kita dapat meraih empat jaringan. Cuma, ada beberapa peluang yang disiakan kerana sepatutnya boleh mendapat tambahan lagi dua gol.

“Apa yang pasti, kemena­ngan ini cukup penting buat kami kerana ia adalah aksi pertama selepas saingan liga berehat kerana memberi laluan kepada saingan antarabangsa sebelum ini.

“Secara keseluruhan, saya tidak mahu pasukan terlalu berpuas hati kerana kita akan mengharungi perlawanan getir Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada minggu depan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali dari Argentina itu turut memuji prestasi pasukan The Bos Gaurus bimbingan Yusri Che Lah yang mempamerkan semangat juang tinggi.

“Kita dapat lihat Perak sudah menunjukkan peningkatan dengan cuba untuk berikan tekanan tetapi saya bangga prestasi yang dipamerkan oleh pasukan dengan tidak memberikan sebarang ruang buat mereka,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ngis-tidak-berlagu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.193944 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list