CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1741|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Scammer guna teknologi AI untuk perdaya mangsa

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan untuk menamatkan panggilan dan tidak menjawab soalan susulan yang dikemukakan oleh 'scammer' jika tidak mahu terjerat dengan taktik penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, soalan kedua dan ketiga yang dikemukakan sindiket penipuan itu mampu menjerat mangsa, seterusnya menyebabkan mangsa tertipu.

"Jika kita jawab panggilan, respon pertama mereka akan minta pengesahan, kemudian akan ada soalan kedua dan ketiga. Kebiasaannya, selepas soalan itu, mangsa sudah terjerat dan akan mengikut apa yang diberitahu oleh scammer..

"Contoh, kita terima panggilan yang mengaku dia dari syarikat kurier dan mendakwa bungkusan kita mempunyai kad pengenalan orang lain dan mereka akan minta pengesahan dengan membaca nama dan nombor kad pengenalan kita.

"Bila kita sahkan, scammer akan tanya lebih lanjut walaupun kita sudah nafikan, cara mereka buat psikologi kepada mangsa sehingga mangsa terjerat," katanya ditemui.

Beliau berkata, sebolehnya orang ramai tidak menjawab panggilan telefon yang meragukan kerana terdapat pelbagai kaedah penipuan lain yang digunakan sindiket penipuan ini.

"Terkini, menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI). Kita jawab satu panggilan, dalam masa lima saat, mereka akan dapat tiru suara kita menggunakan teknologi berkenaan.

"Seterusnya, suara kita itu digunakan untuk menipu orang lain, dengan teknologi itu mereka dapat meniru nada, suara, dan gaya kita," katanya.

Menurutnya, walaupun pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung jenis penipuan menggunakan teknologi AI itu tetapi pihaknya percaya, aktiviti terbabit berlaku.

"Memang kita akui ia sudah berlaku namun kami tidak menerima sebarang laporan polis yang dibuat mangsa.

"Justeru, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dalam menerima sebarang panggilan daripada nombor yang tidak diketahui atau meragukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntuk-perdaya-mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.044961 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list