CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

[Selangor] Taman Perindustrian Jaya ditutup, kebocoran gas dikesan

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode

TAMAN Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup selepas dikesan terdapat kebocoran gas Ammonia di kilang memproses ais, semalam. FOTO ihsan Polis

Petaling Jaya: Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup selepas dikesan terdapat kebocoran gas Ammonia di kilang memproses ais, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 10.30 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

"Susulan itu pihak polis mengambil tindakan menutup keseluruhan Taman Industri Jaya dan tidak membenarkan orang awam pekerja masuk ke lokasi kejadian,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terkesan dengan kebocoran gas berkenaan.

"Penduduk sekitar dinasihatkan supaya mendapat rawatan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya terbau gas atau muntah.

"Pada peringkat awalnya bacaan adalah 200 ppm (bahagian setiap juta dan keluasan kilang itu 400 meter," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bocoran-gas-dikesan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052152 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list