CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 3

Ingatkan Kepak Ayam, Rupanya Kaki Katak

[Copy link]
Post time 25-10-2023 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, hari ini.


Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.








“Hati-hatilah apabila membeli barang basah di pasar raya ini. Jangan tersalah beli.


“Ingatkan ayam atau burung puyuh, rupa-rupanya kaki katak,” katanya di ruangan kapsyen.


Dalam ruangan komen, netizen mengakui pemandangan tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh warga asing.


“Dulu pasar raya sama pernah tular. Kalau nak beli makanan laut bolehlah. Tetapi yang lain macam tidak yakin. Jadi saya terus elakkan,” kata Asma.


“Katak ini haram dimakan sahaja. Dijual dengan makanan lain rasanya tidak ada masalah. Katak diharamkan untuk dimakan kerana terdapat larangan membunuhnya dari Nabi SAW, bukan kerana haiwan tersebut dikategorikan sebagai najis,” katanya Izwan.


“Loyanya,” kata seorang lagi pengguna.


Kini, hantaran tersebut telah mendapat 2,930 tanda suka dan 452,000 tontonan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama pasarayanya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 10:39 AM | Show all posts
Pasaraya NSK Selayang- gitu meollss terus terang
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 03:15 PM | Show all posts
mmg le bukan najis, tapi kalau dia potong pakai parang sama, chopping board sama, ish kembang tekak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.170162 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list