CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 20,000 murid ditaja makan tengah hari seimbang, tangani isu malnutrisi

[Copy link]
Post time 26-10-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan BERNAS, Anisuziyana Amran (kanan) memberi penerangan khasiat beras kepada murid sekolah pada Program Makanan Sihat (PROMAK) dan PROMAK Riang Ria Nutri peringkat Kedah, Selasa lalu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hampir 20,000 murid kurang berkemampuan dari 93 sekolah rendah di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Program Makanan Kesihatan (PROMAK) sejak Januari 2022.

PROMAK program kerjasama strategik di antara sektor korporat dan agensi kerajaan, menyaksikan PadiBeras Nasional Bhd (BERNAS) bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerjasama berkenaan bagi menggerakkan agenda nasional dalam menangani isu malnutrisi dalam kalangan murid sekolah rendah di negara ini. Menerusi usaha bersepadu itu, hampir empat juta hidangan tengah hari telah dapat dinikmati oleh murid dari sekolah berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, BERNAS memaklumkan, sejak setahun pelaksanaan, data dikumpul daripada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) bagi pelajar sekolah terlibat dalam PROMAK memperlihatkan impak positif.



"Impak positif ke atas berat, ketinggian dan kehadiran murid sejak program diperkenalkan. Selain tertumpu kepada aspek kesihatan, pendidikan dan pembangunan sosial kanak-kanak, PROMAK turut membantu mengurangkan perbelanjaan makanan isi rumah.

"Ia juga meningkatkan pendapatan boleh guna khususnya dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah," menurut kenyataan itu.

Selasa lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melancarkan program yang baru setahun diperkenalkan itu, selain menganjurkan program PROMAK Riang Ria Nutri, yang julung kali diadakan sebagai inisiatif tambah nilai di bawah PROMAK.

Program sehari yang berlangsung di Kedah itu memberi peluang BERNAS menyantuni 500 murid dari 24 sekolah di negeri berkenaan, di samping memberi pendedahan tentang pemakanan sihat.

Sementara itu, BERNAS memaklumkan, selain menawarkan bantuan makanan seimbang, syarikat itu turut berusaha membentuk satu platform bimbingan secara berterusan sebagai inisiatif ke arah gaya hidup sihat lestari.

"Ia bagi mendedahkan kanak-kanak dengan ilmu dan kesedaran berhubung kepentingan nutrisi makanan serta amalan pemakanan yang baik," menurut syarikat itu.

Pengerusi BERNAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata PROMAK bertujuan memupuk budaya pemakanan sihat dari usia awal.

"Akses kepada makanan seimbang dan bernutrisi lengkap di sekolah akan membentuk perkembangan fizikal, mental dan psikologi kanak-kanak yang seterusnya akan membantu mereka lebih bersedia untuk pembelajaran," katanya.

Sebagai organisasi korporat mengutamakan keselamatan makanan dan mementingkan kesejahteraan sosial, katanya, BERNAS akan terus mempergiat inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Ia ke arah merealisasikan agenda pembangunan masyarakat secara amnya serta melahirkan generasi pelapis cemerlang," katanya.

Beliau berkata, menerusi PROMAK, Bernas turut menyokong hasrat kerajaan dalam memastikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 di bawah Matlamat 2.2 (menamatkan semua bentuk malnutrisi) tercapai.

"Malaysia memerlukan banyak usaha untuk dilaksanakan dalam matlamat SDG ini agar kemampanan negara dapat dicapai memandangkan kemajuan agak perlahan dalam SDG 2.

"Justeru, agenda perubahan ini perlu dipandang serius. BERNAS turut menyahut seruan ini dengan memperkenalkan program PROMAK dalam memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat dijaga bermula dari kanak-kanak dan murid sekolah," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... gani-isu-malnutrisi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.134805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list