View: 7400|Reply: 58
|
Remaja 14 Tahun Langgar Peniaga Sampai Mati Mengaku Buat Seks Dengan Dua Lelaki, Dah Jadi Kes Rogol Pula
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Remaja perempuan 14 tahun yang m menjadi punca seorang peniaga maut di Jalan Kuala Kedah, Ahad lalu, mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan dua lelaki.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berikutan kes itu diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana status remaja berkenaan masih di bawah umur.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, susulan itu polis menahan seorang suspek lelaki malam tadi dan sedang memburu seorang lagi suspek.
Gambar Hiasan
"olis buka dua kertas siasatan membabitkan remaja itu iaitu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kes kemalangan maut yang berlaku pada 22 Oktober lalu dan berkaitan kes rogol.
"Remaja itu mendakwa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki pada awal tahun ini dan beberapa hari sebelum kemalangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, Nur Shafiqah Abdullah, 32, maut selepas motosikal dinaiki bersama kakaknya, Nooraliza, 43, dirempuh kereta Proton Satria dipandu remaja berkenaan pada jam 7.05 malam.
Difahamkan kereta itu dimiliki rakan ibu remaja berkenaan dan dipercayai kenderaan itu terlebih dulu terbabas ke pembahagi jalan, sebelum masuk ke arah bertentangan dan bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Mengulas lanjut Fisol berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap remaja itu mendapati dia negatif dadah.
Fisol berkata, polis akan turut memanggil ibu mangsa bagi menjalankan siasatan terhadap kes terbabit.
"Ketika ini remaja perempuan itu berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam pada itu Fisol berkata, hingga kini pihak polis menerima lebih 140 kes rogol membabitkan remaja bawah umur di Kedah, pada tahun ini.
Katanya, selepas siasatan dilakukan, didapati hubungan yang berlaku itu adalah secara suka sama suka.
"Namun disebabkan kejadian membabitkan remaja bawah umur, maka kes itu diklasifikasikan sebagai rogol," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkajnbangsa yg kuat mabuk tu..yela melanggor orang...rupanya bangsa kiteee |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan jadi mangsa rogol dengan membunuh orang? Kena rogol masa memandu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
langar org, tiba2 ngaku penah buat seks....pandai budak ni pelir victim |
|
|
|
|
|
|
|
Dua kes berbeza ni. Apa yg membuatkan budak tu mengaku ngeseks dgn 2 jantan? |
|
|
|
|
|
|
|
aah apa kaitan kes dia tdo ngn dua laki tu ngn kes dia langgar org..rosakkk..mesti mak pun bohsia jgk ni huhu..done pitnah..
ko ingt ko britney spears ke |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu bawak kereta langgar orang sampai kemalangan maut.
Budak tu masa soal siasat mengaku pernah buat seks dengan 2 orang lelaki.
Sebab dia bawah umur, maka kejadian buat seks tu diklasifikasi sebagai rogol statutori.
Dua2 kes tak ada kaitan kecuali melibatkan budak yang sama.
Pada aku ni kes parenting fail. Budak lagi kot, tak dapat kasih sayang dan didikan sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin beliau melarikan diri dari perogol berkenaan utk
di rogol kali ke 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape mak bapak ko dik? Umur 14 dah rosak teruk.
|
|
|
|
|
|
|
|
undang2 malaysia ni dia pelik sikit.kalau kita accident tiba tiba salah seorang sama ada kita atau mangsa
yang di langgar tu mengamuk . pecah / hentak helmet.
kes dah bertukar pulak jadi kes buli.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni xde penampakan pacik berjanggut ajar bawak kete mcm kt langkawi. Ni spill keluar cite kena rogol.
|
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 26-10-2023 03:55 PM
Dua kes berbeza ni. Apa yg membuatkan budak tu mengaku ngeseks dgn 2 jantan?
Escapism.
In psychology, escapism is generally defined as a desire or behavior to ignore, evade, or avoid reality. Quoted from Carla Marie Manly.
What is her reality? She is in a deep trouble after crashing into a rider plus a passenger and killed one of them. Under age without a valid license.
Hopefully everything will be okay. Lawyer and insurance will take care the family of the rider n passenger. Welfare dept etc will take care of the underage girl. |
|
|
|
|
|
|
|
dia da buat salah langgar org,kot boleh alih perhatian dia petik arr sekali,
"xkan aku je masuk dalam,ko sedap merendek dgn org lain plak"alang2 biar sama2 kedalam hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum gantung je la budak mcm ni.. patut pupus sebelum dilahirkan. Umur 14 dah jadi cia.. rosak awal usia. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya kesalahan ko dik,
Memandu tanpa lesen
Langgar org sampai kemalangan maut
Berzina dgn 2 jantan pula beberapa hari sebelum kemalangan
Mujur ko tak mati, sempat la nak bertaubat. Motif bila kena soal siasat dgn polis sendiri reveal kes ngeseks? Konsepnya kalau ko kena dakwa, dakwa sekali jantan tak guna yg ngeseks dgn ko ke? Ok la jantan tu deserved it |
|
|
|
|
|
|
|
iols sampai silap faham tajuk...ingatkan ms kejadian langgar tu dia dok ngeseks dlm kete dgn 2 jantan
makbapak bdk ni buat apa??bdk ni layaknya mati je la. mcm2 benda dok buat, sekolah taknak. |
|
|
|
|
|
|
|
begitu la remaja zaman skrg.
sebab terkantoi bila langgar org.
kalo tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sama suka katanya..so gambar hiasan menangis di bucu katil tu x kena..letak la gmbr remaja 14 thn melompat keriangan dekk |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan nakal lagi dah..
ini memang belen jahat.. |
|
|
|
|
|
|
|
gengster muka ada rail ketapi kalau dah masuk bilik siasat dengan polis ada yang tercirit..
inikan pulak budak baru tumbuh bulu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|