View: 4651|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Letak bahan mentah atas lantai, premis kotor, 5 restoran diarah tutup
[Copy link]
|
|
ANTARA premis yang didapati kotor dan diarahkan tutup. FOTO Facebook Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan lima premis makanan di ibu negara menutup operasi bermula hari ini, selepas mendapati tahap kebersihan premis terbabit tidak memuaskan ketika Operasi Sepadu Bersih, semalam.
Dalam kenyataan di Facebook hari ini, DBKL memaklumkan sejumlah 36 premis diperiksa dan didapati ada premis yang tidak bersih, bahan mentah diletakkan di atas lantai serta terdapat makhluk perosak di sekitar premis.
Menurut DBKL, selain kesalahan itu, ada juga pekerja di premis terbabit tidak mengambil suntikan tifoid dan penyalahgunaan lorong belakang premis.
"Hasil daripada pemeriksaan, empat premis dikenakan tindakan arahan penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan satu premis dikenakan arahan penutupan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28(1) WPKL 2016.
"Sebanyak 66 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979," katanya dalam kenyataan itu.
DBKL berkata, operasi itu dilaksanakan 42 petugas DBKL di Sentul Boulevard, Jalan Hujan Rahmat 2 dan 3, Jalan Ampang, Jalan Persiaran Ampang, Jalan Selinsing, Taman Seri Kuching, Jalan Jati, Jalan Inai dan Jalan Delima.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... storan-diarah-tutup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|