View: 2468|Reply: 0
|
[Perak]
Ladang pertanian punca banjir lumpur
[Copy link]
|
|
KEDUDUKAN ladang pertanian yang terletak dekat dengan rumah penduduk menjadi punca banjir lumpur di Taman Chepor Sentosa, Chemor di Ipoh. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
IPOH: Penduduk Taman Chepor Sentosa, Chemor di sini merayu campur tangan pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu banjir lumpur yang berlaku setiap kali hujan lebat, dipercayai berpunca daripada aktiviti dari kawasan ladang yang terletak terlalu hampir dengan rumah mereka.
Tinjauan mendapati, ladang jagung yang diusahakan terletak hanya di belakang rumah penduduk yang jaraknya hanya beberapa meter daripada tembok rumah penduduk.
Keadaan itu menyebabkan air hujan yang membawa lumpur mengalir hingga ke kawasan rumah penduduk, menyebabkan lumpur memenuhi jalan dan ada rumah penduduk yang turut dimasuki banjir.
Penduduk berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak bertahun-tahun dan penduduk juga mengambil beberapa langkah seperti membina tembok namun masalah banjir lumpur tetap berlaku.
Mereka berkata, banjir lumpur disebabkan ladang pertanian tersebut tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna.
Penduduk, Isa Shamsuddin, 50, berkata, mereka tidak mampu lagi berdepan masalah itu yang tidak nampak sebarang penyelesaian.
Katanya, beberapa perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkaitan telah diadakan namun memberikan jawapan isu berkenaan sedang dalam tindakan mahkamah.
“Urusan mahkamah itu tidak melibatkan penduduk, apa yang kita mahu ialah penyelesaian terhadap masalah banjir.
“Kami merayu Perdana Menteri sebab ini kawasan beliau supaya mengambil langkah segera atasi banjir ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Halimah Bahazim, 60, berkata, yang sudah tiga tahun tinggal di kawasan tersebut berkata, setiap kali hujan air akan naik di hadapan rumahnya dan meninggalkan sisa pasir serta lumpur di atas jalan berhampiran rumah.
“Rumah kami yang berhampiran kebun ini sentiasa berselut setiap kali hujan lebat, jalan jadi macam sungai, saya sudah tak larat nak cuci lumpur setiap kali banjir,” katanya.
Setiausaha Penduduk Taman Chepor Sentosa, Farriz Izzwan Khairulanuar berkata, kerosakan infrastruktur juga dialami penduduk disebabkan aktiviti pertanian haram berhampiran taman perumahan tersebut.
“Masalah itu sudah disuarakan beberapa kali, malah surat dan memorandum juga telah dihantar kepada pihak berkaitan supaya tindakan dapat diambil,” katanya. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... unca-banjir-lumpur/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|