CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2461|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lebih 5,000 berarak dari KLCC ke Kedutaan AS

[Copy link]
Post time 28-10-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode


Lautan bendera Palestin membanjiri Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS. NSTP/Safeek Affendy Razali



KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 orang menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin yang dianjurkan PAS, bermula dari Masjid KLCC, tengah hari tadi.

Peserta mula berarak kira-kira jam 1.45 petang selepas solat Zuhur dari masjid menuju ke Jalan Binjai, Persiaran KLCC, di sini.

Perhimpunan ini kemudian menuju ke Jalan Tun Razak melalui hadapan Menara Tan and Tan dan seterusnya bergerak ke hadapan bangunan Tabung Haji.

Seterusnya dari Tabung Haji, kumpulan solidariti ini membuat pusingan U dan menuju ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), namun dihalang oleh pihak polis.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata sehingga jam 2.15 petang peserta perhimpunan masih berarak.

"Pada masa ini, kita anggarkan terdapat hampir 5,000 orang masih bergerak menuju ke Jalan Tun Razak dari Masjid KLCC dan jumlahnya mungkin bertambah dari semasa ke semasa.

"Kita menempatkan pegawai dan anggota polis di setiap titik penting bagi mengawasi perjalanan himpunan ini selain memantau situasi semasa.

"Kita juga akui perhimpunan ini turut menyebabkan aliran trafik di kawasan berhampiran terganggu namun pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cuma mengawasi keadaan lalu lintas," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, tinjauan BH mendapati penganjur berkumpul di hadapan Bangunan ALPS, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari Kedutaan AS.

Selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, himpunan ini turut membabitkan penugasan dari IPD Wangsa Maju.

Ini kerana lokasi perhimpunan yang sebelum ini dijadualkan di Masjid KLCC sudah diubah kepada Menara ALPS.

Antara pemimpin politik yang menyertai himpunan ini adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.
https://www.bharian.com.my/berit ... ri-klcc-ke-kedutaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.264182 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list