|
PETALING JAYA – Bidaan jam berjenama Rolex milik Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kini mencecah RM110,000.
Menerusi ruangan komen pada satu hantaran beliau di Facebook, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat pukul 3.29 petang ini.
Foto: FB
“Makluman terkini jam 3.29 petang, 30 Oktober 2023. Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM 110,000.00,” katanya.
Terdahulu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu bertindak membuka bidaan jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebanyak RM40,000, hari ini.
Hasil bidaan itu katanya, akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.
“Harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas.
“Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|