CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 0

[Terengganu] 2 penganggur ditahan kes cetak, guna wang palsu RM100

[Copy link]
Post time 31-10-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
2 penganggur ditahan kes cetak, guna wang palsu RM100


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (dua kanan) memeriksa wang palsu RM100 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK). - Foto NSTP/Ghazali Kori



KUALA TERENGGANU: Dua penganggur berusia 28 dan 33 tahun yang dipercayai terbabit mencetak wang palsu RM100 ditahan di sebuah pangsapuri di bandar raya ini, jam 4 pagi kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata dalam serbuan itu polis merampas 27 keping wang kertas RM100 disyaki palsu.

"Turut dirampas dua unit telefon bimbit, satu komputer riba dan mesin pencetak, sebuah kereta Proton Saga dan peralatan membuat wang palsu.

"Kita dapati mereka belajar membuat duit palsu ini menerusi YouTube. Dua suspek ini mencetak serta menggunakan wang tunai RM100 palsu ini untuk kegunaan harian mereka.

"Suspek dipercayai aktif menggunakan wang palsu ini kedai-kedai daerah Dungun bagi mendapatkan tukaran wang tulen," katanya pada sidang media, hari ini.

Suspek juga menggunakan duit palsu itu dengan membeli rokok pasaran gelap bagi mengaburi mata peniaga.

"Kedua-dua suspek kini direman empat hari oleh Mahkamah Dungun bermula 29 Oktober hingga 1 November ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan (KK) kerana menggunakan wang sebagai tulen dan Seksyen 489D kerana memiliki peralatan membuat wang palsu yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda.

"Dua suspek terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.

Sementara itu, Mazli berkata pihaknya mahu menasihatkan orang ramai sentiasa peka serta memeriksa wang kertas diterima dan segera membuat laporan polis jika ada keraguan ke atas wang terbabit.

Mengikut rekod sepanjang tahun 2022 menerima 38 laporan membabitkan kes wang palsu manakala 31 laporan setakat tahun ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... na-wang-palsu-rm100

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.108186 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list