View: 1472|Reply: 0
|
[Melaka]
APM selamatkan anak lembu 'sesat' di lebuh raya
[Copy link]
|
|
ANGGOTA APM Alor Gajah menangkap anak lembu betina yang berkeliaran di KM215 Lebuhraya Utara Selatan, semalam. FOTO Ihsan APM Alor Gajah.
Alor Gajah: Enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah bermandi peluh lebih 20 minit ketika menyelamatkan seekor anak lembu di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara hingga menyebabkan kesesakan, semalam.
Anak lembu betina seberat 20 kilogram dan dianggarkan berusia dua bulan itu dipercayai terpisah dari kawanannya.
Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 mengenai kawanan lembu berkeliaran di lokasi terbabit.
Katanya, sepasukan enam anggota APM kemudian ke lokasi dan tiba jam 10.26 malam.
"Apabila sampai, didapati tiga ekor lembu berada di bahu lebuh raya dalam kesesakan lalu lintas yang dipantau polis bantuan PLUS.
"Dua ekor lembu dewasa berjaya memasuki kawasan hutan berhampiran lebuh raya dan meninggalkan seekor anak lembu berkenaan," katanya dihubungi di sini.
Abdul Hadi berkata, anggota APM kemudian berjaya menangkap anak lembu itu sebelum dibawa ke PDPA Alor Gajah untuk disimpan sementara dituntut pemiliknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sesat-di-lebuh-raya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|