CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2063|Reply: 0

[Melaka] Bayi 12 bulan alami pendarahan di kepala selepas tidak sedarkan diri di taska

[Copy link]
Post time 1-11-2023 06:26 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Melaka: Bayi lelaki berusia 12 bulan mengalami pendarahan di kepala selepas tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di sebuah taska di Pertam Jaya, Semabok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa bayi terbabit pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, kira-kira jam 9.30 pagi hari sama, bapa bayi terbabit yang berusia 31 tahun dihubungi menerusi mesej pesanan suara oleh pemilik taska memaklumkan mata anaknya tiba-tiba naik ke atas ketika sedang mandi dan dipakaikan baju.

"Malah pemilik taska turut bertanyakan sama ada anaknya pernah terkena sawan atau tidak sebelum ini.

"Susulan itu bapa bayi terus menghubungi wanita terbabit sebelum bergegas ke pusat jagaan berkenaan untuk mengambil anaknya lalu dibawa ke Hospital Melaka (HM).

"Bayi terbabit kini ditahan dan dirawat di HM kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala," katanya.

Menurutnya, empat hari sebelum kejadian iaitu pada Jumaat, bayi berkenaan didakwa pernah terjatuh di taska dan mengalami bengkak di dahi serta lebam pada bahagian pipi.

"Ibu bayi berkenaan ada bertanyakan kepada pemilik taska mengenai kecederaan dialami anaknya pada Jumaat malam dan pemilik taska mendakwa kecederaan itu disebabkan anaknya terjatuh daripada kerusi 'bouncer'.

"Selain terjatuh, anaknya juga ada terlanggar kerusi 'bouncer' mengakibatkan lebam pada pipi kanan dan dahi kiri.

"Susulan itu siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-sedarkan-diri-di
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.131311 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list