CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Guru wanita ditemukan selamat di Hospital Ampang

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Guru wanita di sebuah sekolah rendah di Putrajaya yang dilaporkan hilang selepas mengambil cuti kecemasan, semalam, sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Tarmidzi Kusnan yang juga abang kepada wanita terbabit, Hanisah Kusnan, 38.

Ahmad Tarmidzi berkata, adik perempuannya itu ditemui pagi tadi semasa menerima rawatan di Hospital Ampang.

"Hanisah sudah ditemui pagi tadi semasa berada di Hospital Ampang dan dia berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Hanisah disedari hilang oleh suaminya Mohd Khairul Sabli, 43, yang memaklumkan Hanisah mempunyai temu janji untuk merawat masalah kemurungan dihadapinya di Hospital Ampang pada pagi, semalam.

Menurut Mohd Khairul, dia menyedari kehilangan isterinya kira-kira jam 4 petang, semalam apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca sebelum bergegas ke sekolah rendah terbabit untuk mencarinya.

Beliau dimaklumkan pihak sekolah terbabit bahawa isterinya meninggalkan sekolah itu dalam tengah hari, semalam, selepas memohon cuti kecemasan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-hospital-ampang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list