CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3557|Reply: 0

[Kelantan] Daun kelapa jadi penghadang angin

[Copy link]
Post time 2-11-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

HASSAN Abdul Rahman menunjukkan susunan pelepah daun kelapa sebagai penghadang angin di belakang rumahnya di Pantai Damak, Bachok, Kelantan, semalam UTUSAN/TOREK SULONG


BACHOK: Lebih 70 penduduk pesisir Pantai Damak di sini, menggunakan daun kelapa sebagai penghadang angin untuk menghadapi ketibaan Monsun Timur Laut tidak lama lagi yang membawa angin kuat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk sudah menaikkan penghadang setinggi 1.5 meter itu bagi mengurangkan kerosakan rumah akibat tiupan angin kencang.

Seorang penduduk, Hassan Abdul Rahman, 90, berkata, walaupun sudah ‘masak’ dengan situasi itu, dia tidak mengambil mudah perkara tersebut.

Katanya, penghadang angin yang diperbuat dari daun kepala itu menjadi ikhtiar penduduk dalam usaha menahan angin kencang daripada menggoncang dinding rumah dan menerbangkan atap.

“Daun kelapa yang gugur kami kumpulkan dan ikat pada tiang yang kukuh mengurangkan tiupan angin dari laut.

“Itu sahajalah ikhtiar warga pantai setiap tahun sebelum berserah kepada takdir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada akhir Januari tahun ini, penduduk di pantai itu mengalami banjir air masin dan sebahagian rumah mengalami kerosakan teruk disebabkan hakisan kesan air laut pasang besar dalam tempoh MTL.

Hassan berkata, selain angin kencang dan ombak besar, mereka berdepan dengan banjir air masin ekoran limpahan air laut yang masuk ke dalam rumah.

Katanya, bagaimanapun penduduk menarik nafas lega apabila kerajaan negeri membina benteng batu granit sepanjang 500 meter bagi menyelamatkan rumah penduduk sejak tiga bulan lalu.

Seorang lagi penduduk, Nik Sin Nik Lah, 59, berkata, kerajaan sudah mengambil langkah yang sewajarnya dengan membina benteng kekal bagi mengurangkan kadar hakisan dan limpahan air laut masuk ke dalam rumah.

Sebelum ini, katanya, kebanyakan penduduk menggunakan pelepah daun kelapa kering yang disusun dan diikat sebagai usaha menghadang tiupan angin kencang.

“Terima kasih kepada Utusan Malaysia yang sebelum ini memaparkan masalah dan kesulitan ami alami dan terima kasih kepada kerajaan yang sudah melaksanakan tanggungjawab demi kebajikan rakyat,” ujarnya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... i-penghadang-angin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066429 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list