CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3191|Reply: 0

[Selangor] Minyak tumpah berisiko jejaskan Sungai Serendah, anak sungai

[Copy link]
Post time 2-11-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode

TINDAKAN mitigasi segera diambil Luas dan Plus bagi mengelak minyak tumpah akibat kemalangan, mengalir terus ke Sungai Serendah. FOTO Ihsan Luas.

Shah Alam: Kemalangan membabitkan lori treler di Lebuhraya Utara Selatan dari Rawang ke Sungai Buaya semalam, dikesan menyebabkan tumpahan minyak hingga ke sistem saliran air berdekatan.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan tumpahan itu yang berisiko memasuki Sungai Serendah dan anak sungai seperti Sungai Garing, Sungai Kundang, Sungai Sembah dan seterusnya ke Sungai Selangor.

Katanya, sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu, Luas segera ke lokasi untuk melakukan semakan dan mengenal pasti sebarang impak dan risiko terhadap sumber air berhampiran.

"Semakan Luas jarak lokasi tumpahan dengan loji rawatan air (LRA) utama berdekatan iaitu LRA Rantau Panjang sekitar 19.1 kilometer (km), LRA Sungai Selangor (SSP1) dan SSP2 sekitar 23.8 kilometer serta SSP3 sekitar 23.4 km.

"Langkah pencegahan awal sudah dilaksanakan oleh Plus dengan meletakkan serbuk kayu di kawasan yang terlibat dan sepanjang longkang sebagai pencegahan untuk mengekang insiden daripada bertambah teruk," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif pencegahan dipertingkatkan dengan pihak Luas meletakkan 50 'oil pad' dalam longkang lebuh raya untuk mengelakkan sisa minyak terus mengalir ke dalam sungai berhampiran.

Katanya, kerja pembersihan sudah diselesaikan oleh Plus sekitar 1.45 pagi dan pemerhatian di jalan dan longkang berhampiran tidak mengesan bahan pencemar yang bertakung.

"Semakan lanjut di Sungai Serendah juga mendapati tiada kesan bahan pencemar yang masuk ke dalam aliran sungai," katanya yang memberitahu tindakan mitigasi segera berjaya mengelak risiko dan impak ke atas operasi LRA utama negeri.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan diteruskan Luas di tapak dan Sungai Serendah bagi memastikan tiada lagi kesan bahan pencemar yang terlepas memasuki sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erendah-anak-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050189 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list