CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 1

[Perak] Solat atas meja makan dalam rumah

[Copy link]
Post time 2-11-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA kawasan masih ditenggelami banjir di Batu 8, Changkat Jong. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Teluk Intan: Penduduk Kampung Batu 8, Changkat Jong di sini, yang terkesan akibat bencana banjir meminta pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja memperdalamkan lima batang sungai berhampiran bagi mengatasi masalah yang boleh diumpamakan 'acara tahunan' itu.

Ia membabitkan Sungai Bidor, Sungai Sungkai, Sungkai Hidup, Sungai Seluang dan Sungai Mati yang didakwa sudah lama tidak diselenggara sehingga menyumbang kepada kejadian banjir setiap kali musim tengkujuh.

Nur Azman Abdul Aziz, 57, berkata, banjir yang melanda beberapa kawasan di Changkat Jong bukan sesuatu yang ganjil kerana menurutnya, ia sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

"Cuma tahun ini saya rasa semakin teruk sebab air bah lambat surut. Hari ini sudah masuk hari ke-10, tapi air di depan rumah saya di Lorong Sidang Osman ini tingginya masih separas pinggang.



"Saya rasa sungai mesti didalamkan. Ketika musim kemarau, kita boleh berlari di dalam sungai kerana ia cetek. Di Changkat Jong ini, ada lima sungai," katanya yang mengakui pendapatannya terjejas teruk kerana tidak dapat mengutip hasil sawit selepas kebunnya turut ditenggelami banjir.

Perkara sama turut disuarakan penduduk, Ahmad Nor Selamat, 60, yang mendakwa tiada kerja-kerja memperdalamkan sungai di sekitar kampung itu sejak 33 tahun dia menetap di situ.

"Memang kerja memperdalamkan sungai sudah lama tidak dibuat. Sungai terlampau cetek, kalau kita buat ban pun tiada fungsi, malah merugikan sahaja.

"Saya harap pihak berkuasa pelawa penduduk kampung berbincang sekiranya ingin melakukan projek pengairan kerana kami lebih faham situasi di tempat kami," kata bapa kepada anak dua yang bekerja sendiri itu.

Sementara itu, pesara polis, Hamidun Mat Rasul, 73, berkata, dia dan isteri, Laila Sarji, 70, terpaksa menanggung kerugian akibat perabot rumah rosak ditenggelami banjir sejak 23 Oktober lalu.

"Perabot seperti bangku masih boleh diselamatkan. Namun, bagaimana pula dengan kabinet atau almari.

"Kalau hendak solat, terpaksa di atas meja makan kerana air masih bertakung di dalam rumah sejak beberapa hari lalu.

"Bukan kami tak mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), tapi nanti haiwan liar seperti kera menceroboh serta merosakkan peralatan rumah memandangkan habitatnya juga musnah," katanya.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Changkat Jong mendapati, rata-rata kawasan masih ditenggelami air separas kira-kita 0.5 meter.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-makan-dalam-rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 12:35 PM | Show all posts
Dok tempat rendah, memang resah gelisah je rasa bila hujan turun. Ni lagi2 dah musim tengkujuh. Moda dimudahkan urusan semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057045 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list