View: 1239|Reply: 0
|
[Perak]
Polis tumpas sindiket pelaburan tak wujud di rumah percutian
[Copy link]
|
|
LUMUT: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud atas talian dengan penahanan 97 individu yang sebahagian besar warga asing dalam serbuan di sebuah rumah percutian Pulau Pangkor di sini yang dijadikan pusat panggilan penipuan (calling center) sindiket berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang turut dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sebaik menerima maklumat orang awam, kelmarin.
Katanya, polis menahan seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta 65 lelaki dan 29 wanita warga Vietnam berumur antara 20 hingga 47 tahun.
"Hasil siasatan mendapati kesemua suspek yang ditahan menggunakan modus operandi pelaburan tidak wujud atas talian.
"Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM51,254 selain tiga unit komputer riba, 120 unit telefon bimbit dan dua unit modem.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat terutamanya daripada pihak pengurusan bangunan dan orang ramai berkenaan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan dengan menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis berhampiran bagi tindakan selanjutnya.
Menurutnya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat mengenai taktik penipuan dan modus operandi terkini yang digunakan oleh pihak 'scammer' melalui pelbagai platform media sosial rasmi pihak berkuasa.
https://www.bharian.com.my/berit ... -di-rumah-percutian |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|