View: 1281|Reply: 0
|
[Selangor]
Bina rumah ibadat, reban ayam tanpa kebenaran
[Copy link]
|
|
MAJLIS Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan notis amaran dan diarahkan memberhentikan kerja pembinaan selepas menerima aduan membina rumah ibadat dan reban ayam di atas tapak perumahan Taman Musabika Kalumpang. FOTO Ihsan MPHS
Hulu Selangor: Tindakan individu membina rumah ibadat dan reban ayam di tapak perumahan tanpa kebenaran mengundang padah apabila diberi notis memberhentikan kerja-kerja pembinaan.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kewujudan rumah ibadat dan reban ayam terbabit di Taman Musabika, Kalumpang, di sini.
Menurutnya, pemeriksaan yang dibuat pada 11.50 pagi kelmarin mendapat terdapat struktur bangunan (rumah ibadat dan reban ayam) di atas tapak perumahan dan tiada sebarang kebenaran daripada MPHS.
"Oleh itu, Jabatan Perancang Bandar mengeluarkan notis amaran bagi kesalahan mengikut Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
"Notis amaran ditampal pada struktur bangunan berkenaan untuk memberhentikan kerja dengan serta-merta dan memulihkan tanah sebelum pemajuan dimulakan dalam tempoh 14 hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, sebarang ketidakpatuhan arahan notis berkenaan, maka tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yam-tanpa-kebenaran |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|