CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6274|Reply: 0

[Kelantan] 'Di mana nak cari sumber makanan, padi bukit dan kebun habis dirosakkan gajah liar'

[Copy link]
Post time 4-11-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Tanaman penduduk Orang Asli di Kampung Gawin, Pos Gob dirosakkan gajah liar sejak Mei lalu. Foto ihsan penduduk

GUA MUSANG: Kira-Kira 115 keluarga Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Gawin, Pos Gob, di sini, hidup dalam kebimbangan apabila kawasan tanaman padi bukit dan kebun yang mereka usahakan dimusnahkan gajah liar sejak Mei lalu.

Lebih menyedihkan tanaman padi bukit, ubi kayu dan pisang itu adalah sumber makanan keluarga terbabit, selain sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka tiba bulan ini.

Penduduk, Anita Alig, 48, berkata penduduk di kampung itu kini kehilangan punca kerana tanaman yang diusahakan digunakan untuk kelangsungan hidup keluarga mereka yang tinggal di pedalaman.

Katanya, paling penting hasil tanaman itu juga biasanya menjadi bekalan ketika musim tengkujuh yang dijangka tiba tidak lama lagi.


"Kami penduduk Orang Asli yang tinggal di pedalaman hanya bergantung kepada hasil tanaman untuk meneruskan kelangsungan hidup, tetapi apabila tanaman kerap dimusnahkan haiwan liar, kami kini terputus sumber makanan.

"Lebih merisaukan kami, menjelang musim tengkujuh nanti kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang musim hujan.

"Hendak beli bekalan makanan di luar memerlukan duit sedangkan kami hanya bergantung pada hasil kebun ini saja yang kini dirosakkan gajah liar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Aman Angah, 32, berkata dia menerima aduan daripada penduduk Kampung Gawin berhubung kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

"Ini bukan kali pertama saya menerima aduan gangguan gajah liar di Kampung Gawin.

"Sepanjang tahun ini sudah beberapa kali tanaman penduduk termasuk padi bukit dirosakkan gajah liar.

"Saya harap tindakan segera dapat diambil pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah ini, tambahan pula penduduk semakin terdesak untuk menyimpan bekalan makanan apabila musim tengkujuh tiba," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kit-dan-kebun-habis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list