CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 0

[Terengganu] "Saya bukan kanak-kanak, sudah 25 tahun"

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Afis Awis berketinggian 138 sm sahaja. FOTO Ihsan Muhammad Afis Awis

Kuala Terengganu: Usia Muhammad Afis Awis sudah mencecah 25 tahun tanggal 6 Julai lalu namun saiz badannya seperti kanak-kanak sekolah rendah dengan ketinggian 138 sentimeter (sm) saja.

Disebabkan itu, ada yang tidak percaya Muhammad Afis sudah dewasa walaupun dia sudah bertugas sebagai pembantu tadbir di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, dia dilahirkan normal namun disahkan menghidap penyakit artritis idiopatik juvana (JIA) ketika berumur lima tahun.

Pemuda dari Gong Badak, di sini yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal itu berkata, dia satu-satunya dalam keluarga yang ada penyakit berkenaan.



Katanya, simptom awal dialaminya adalah sakit sendi yang menyebabkannya badan dan tulangnya membengkok.

Akibatnya, Muhammad Afis hanya sempat bersekolah tadika selama seminggu saja sebelum berehat.

"Waktu itu, saya bersama keluarga menetap di Kelantan namun perlu berulang alik ke Hospital Selayang, Selangor untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor.

"Mulanya tak dapat kenal pasti punca penyakit sampai doktor nak ambil air tulang belakang tapi ayah tak benarkan.

"Akhirnya iaitu dalam tahun sama, doktor dapat kenal pasti juga. Dua tahun juga saya rehat dan tak sekolah tadika sebaliknya terus masuk Tahun Satu.

"Pemeriksaan masih dijalankan cuma dalam tempoh tiga hingga enam bulan sekali dan sampai sekarang, saya masih bergantung dengan ubat tahan sakit, Prednisolone yang tujuannya mengurangkan keradangan sakit," ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Afis berkata, kali terakhir ketinggiannya bertambah adalah ketika 2020 iaitu selepas mendapat vaksin kali kedua.

"Sebelum 2020, ketinggian saya adalah 127 sm dan lama juga tak berubah sehingga selepas terima vaksin kedua," katanya.

Mengimbas zaman persekolahan, Muhammad Afis, dia pernah diejek oleh rakan di sekolah malah dapat gelaran seperti pendek dan ketot hingga dia jadi lali

Katanya , ramai juga memandang hairan apabila dia berada di khalayak namun yang paling ketara sewaktu dia menyambung pengajian di kolej dan baru memasuki alam pekerjaan.

"Ada yang ingat saya budak genius waktu masuk kolej kerana nampak macam kanak-kanak.

"Waktu hari pertama menjalani latihan industri, majikan terkejut malah ada yang ingat saya anak kakitangan di situ.

"Bimbang juga nak minta kerja dulu kerana khuatir tak diterima disebabkan fizikal tapi rezeki saya apabila lepas temuduga walaupun panel penemuduga sangat terkejut sebaik lihat saya," katanya yang mempunyai berat 37 kilogram (kg).

Muhammad Afis berkata, cabaran lainnya adalah ketika mahu mendaftar untuk mengikuti kelas memandu bagi mendapatkan lesen kereta.

"Cabarannya adalah kerana saya diminta sediakan kereta sendiri yang sudah diubahsuai dan agak 'down' juga kerana waktu itu belum kerja.

"Bagaimanapun, rezeki saya apabila dapat kerja dan berjaya beli kereta sendiri. Awalnya saya beli pedal khas di dalam talian namun tak ada masalah rupanya bawa kereta macam biasa walaupun pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) macam tak yakin tengok saya.

"Alhamdulillah, saya lulus ujian memandu selepas percubaan pertama dan boleh memandu sampai sekarang walaupun ada saja yang memandang hingga saya berasa diri ini seolah barang pameran di muzium yang selalu diperhatikan," katanya.

Seperti insan lain, Muhammad Afis juga menyimpan impian untuk berumah tangga.

"Saya pernah ada teman istimewa namun hubungan kami bertahan sekejap saja dan dia pergi selepas pertemuan pertama, mungkin sebab tak boleh terima kekurangan saya.

"Meskipun begitu, saya belum berputus dan tetap berharap serta berdoa semoga bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima saya satu hari nanti.

"Saya juga merancang untuk beli rumah sendiri jika ada rezeki dan diharap impian itu tercapai," katanya.

Tambah Muhammad Afis, niatanya berkongsi kisahnya di TikTok adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakitnya.

"Saya juga mahu beritahu masyarakat yang saya bukannya orang kerdil tetap jadi begini kerana JIA," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-sudah-25-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.318098 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list