CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli tumpu Jualan Rahmah, beli keperluan hadapi musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai membeli barangan keperluan pada program Jualan Rahmah Kasih Sayang di RPS Kuala Betis, hari ini. - NSTP/PAYA LINDA YAHYA

GUA MUSANG: Program Jualan Rahmah Kasih Sayang di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini, hari ini, menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu untuk membuat persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda bulan ini.

Penduduk Kampung Jas A, Rumi Yasin, 30, berkata beliau membelanjakan lebih RM150 untuk membeli pelbagai keperluan asas pada program jualan itu.

"Apabila tiba musim tengkujuh, kami susah hendak keluar kerana hanya ada motosikal. Jadi, saya bersama bapa datang ke program ini untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan bahan basah.

"Program jualan ini menawarkan harga lebih murah, jadi dapatlah kami berjimat membeli keperluan untuk persediaan menghadapi musim tengkujuh," katanya ketika ditemui di RPS Kuala Betis.



Beliau berkata, program sedemikian diharap akan diteruskan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup, terutama golongan Orang Asli.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata inisiatif kerajaan mengadakan program Jualan Rahmah Kasih Sayang dapat membantu penduduk luar bandar menangani kos sara hidup.

https://www.bharian.com.my/berit ... api-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.094519 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list