CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 0

[Kelantan] Nelayan ambil risiko turun ke laut walau cuaca tidak menentu

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:59 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian dari 40 perahu kolek nelayan dari Kampung Pulau Gajah, di sini, yang masih digunakan untuk turun ke laut menangkap ikan walaupun sepatutnya sudah memasuki musim tengkujuh. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Kota Bharu: Lebih 200 nelayan di Kampung Pulau Gajah, di sini, masih turun ke laut untuk menangkap ikan untuk mencari rezeki walaupun sudah memasuki musim tengkujuh.

Nelayan Yusof Omar, 64, berkata mereka sepatutnya sudah menaikkan perahu kolek ke darat untuk kerja-kerja pembaikan pada awal bulan ini kerana musim tengkujuh sudah tiba, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

"Perubahan cuaca sekarang agak pelik dan nelayan masih lagi turun ke laut walaupun dalam keadaan berhati-hati kerana adakalanya berlaku gelombang besar di laut.

"Sepatutnya bermula November hingga Mac depan, semua nelayan sudah tidak turun ke laut kerana ia adalah musim tengkujuh, namun sehingga kini kami masih menangkap ikan kerana ia adalah sumber pencarian," katanya.



Nelayan Zakaria Abdul Rahman, 67, berkata mereka masih teragak-agak untuk menaikkan perahu kolek ke darat kerana cuaca masih panas selain aktiviti menangkap ikan masih diteruskan.

"Rasanya tidak berbaloi untuk turun ke laut kerana bukan sahaja gagal dapat hasil, malah berdepan pula dengan kerugian kos.

"Nasib baik kami menerima elaun sara hidup nelayan yang dapat dimanfaatkan sepanjang empat bulan tidak dapat turun ke laut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cuaca-tidak-menentu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.251238 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list