CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 0

[Kelantan] Polis tahan pelajar tingkatan empat dan rakan bersama ganja 10kg

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Polis menahan seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya bersama ganja seberat 10 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM31,000 di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, dekat sini, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, tangkapan dua suspek lelaki masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu dilakukan ketika mereka sedang berada dalam sebuah Perodua Kancil di lokasi berkenaan pada 3.15 petang.

"Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah. Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif ketamin.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 November bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk turut serta.

"Pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bersama-ganja-10kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.092505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list