CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 0

[Terengganu] 61 kes malaria direkodkan di Terengganu

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan 61 kes malaria di negeri ini bagi tempoh Januari hingga 4 November lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 31 kes membabitkan malaria zoonotik, manakala 30 kes lagi ialah kes malaria jangkitan manusia kategori import membabitkan warga asing.

Menurutnya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 39 kes berbanding hanya 22 kes sahaja (iaitu 19 kes malaria zoonotik dan tiga kes malaria jangkitan manusia import) bagi tempoh sama tahun lalu.

"Bagaimanapun, tiada wabak atau kematian akibat malaria dilaporkan di negeri ini berbanding dua kematian yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.



"Daerah Dungun merekodkan kes paling banyak iaitu 21 kes diikuti Kemaman (13 kes), Hulu Terengganu (12 kes), Setiu dan Besut masing-masing empat kes, Kuala Nerus (tiga kes) dan masing-masing dua kes bagi daerah Marang dan Kuala Terengganu.

"Jangkitan malaria zoonotik yang disebabkan parasit 'plasmodium knowlesi' iaitu merebak daripada haiwan (seperti kera yang menjadi perumah) kepada manusia menunjukkan trend peningkatan kes," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Kasemani berkata, orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan mengambil langkah pencegahan awal terutama ketika memasuki kawasan hutan.

Beliau berkata, langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti memakai pakaian berwarna cerah yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk dan menggunakan ubat penghalau nyamuk ketika melakukan aktiviti di dalam hutan.

"Kita harap orang ramai mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan supaya rawatan awal dapat diberikan.

"Mereka yang mempunyai sejarah pergi ke kawasan berisiko malaria atau pulang dari negara endemik malaria dan kemudiannya mengalami gejala juga perlu segera mendapatkan rawatan kerana penyakit ini boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat lebih awal," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... odkan-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list