CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 0

[Pahang] Rugi RM100,00 ladang sawit diceroboh gajah liar

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar rakaman video menunjukkan kira-kira 10 ekor gajah liar menceroboh ladang kelapa sawit milik pekebun di kawasan Mengkarak Hulu, Bera baru-baru ini.

BERA – Hajat pekebun kecil di Mengkarak Hulu di sini, untuk mengutip hasil dari pokok kelapa sawit mereka tidak kesampaian apabila tanaman itu musnah akibat diceroboh sekumpulan gajah liar dalam kejadian minggu lalu.

Ladang sawit yang bersempadan dengan Ladang Felda Mengkarak Dua dan Hutan Simpan Kemasul itu hanya terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan perkampungan berkenaan.

Ketua Kampung Mengkarak Setia Kampung Baru, Soh Cheen Sim berkata, keseluruhan kebun sawit seluas 50 hektar itu dilaporkan musnah apabila banyak pokok sawit berusia antara lima hingga tujuh tahun dirosakkan termasuk anak pokok yang baharu ditanam.

“Ada pokok yang sudah mengeluarkan hasil dan mereka (pekebun kecil) terpaksa menanggung kerugian apabila banyak pokok yang dimusnahkan kumpulan gajah berkenaan.

“Saya tidak pasti berapa ba­nyak gajah yang ‘menyerang’ kebun kami, tetapi berdasarkan rakaman video yang tersebar, lebih dari 10 ekor gajah liar yang terlibat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Cheen Sim berkata, pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan Jabatan Perhilitan Pahang untuk tindakan susulan.

“Ada pekebun yang datang untuk tengok keadaan pokok sawit yang ditanam, tetapi mereka tidak lama kerana bimbang de­ngan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, seramai sembilan anggota dari Jabatan Perhilitan Temerloh dan Bera termasuk tiga anggota polis dari Balai Polis

Mengkarak diarahkan memantau kawasan tersebut sejak 26 Oktober lalu.

Ujarnya lagi, Jabatan Per­hilitan Pahang juga telah melaksanakan operasi bagi mengesan, menangkap dan memindahkan sekumpulan haiwan itu bermula 3 hingga 11 November.

“Mereka ditugaskan secara tetap dan bergiilir secara 24 jam dan beroperasi di Dewan Orang Ramai Kampung Mengkarak Stesen bagi memudahkan sebarang pergerakan,” jelas Zulkiflee.


https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ceroboh-gajah-liar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.088678 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list