CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 0

[Kelantan] Sedih tak dapat beri wang saku anak sekolah

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. NUSI (kanan) menunjukkan ubat-ubatan yang dibelinya di klinik swasta setiap minggu. – ROHANA MOHD.NAWI.

BACHOK – Seorang mekanik hampir hilang punca pendapatan apabila tidak mampu lagi untuk bekerja seperti biasa selepas disahkan menghidap gastrik kritikal, bengkak buah pinggang dan batu karang sejak awal tahun ini.

Mohd. Nusi Mamat, 37, berkata, sekiranya berasa sihat, dia akan keluar membantu abangnya di bengkel kereta untuk mendapat upah sebanyak RM50 sehari.

Katanya, upah yang jarang-jarang diperoleh itu digunakan untuk membeli ubat-ubatan yang berharga RM80 untuk digunakan dalam tempoh seminggu.

“Saya terpaksa membuat catuan ubat agar bekalannya dapat bertahan sehingga dua minggu. Kebiasaannya, saya akan membahagikan satu dos ubat-ubatan untuk dua kali makan.

“Saya perlu membeli ubat di klinik swasta kerana ubat yang disediakan oleh klinik kerajaan tidak sesuai untuk penyakit saya,” katanya ketika diktemui di rumahnya di Kampung Lubok Nibong, Pak Badol di sini baru-baru ini.

Mohd. Nusi berkata, disebabkan tidak memperoleh pendapatan penuh, dia tidak dapat membayar sewa rumahnya sebanyak RM100 sebulan dan kini tertunggak beberapa bulan.

Lebih memilukan katanya, tiga anaknya yang berusia lima hingga 12 tahun terpaksa mengikat perut ke sekolah ekoran dia tidak mampu memberikan wang saku kepada mereka.

Menurutnya, tiga anaknya, Nurul Natasya Balkistina, 12, Nur Nasuha, 11, dan Mohd. Danial Izan, 5, jarang membawa wang saku ke sekolah dan hanya makan hidangan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada waktu pagi.

“Anak-anak saya hanya membawa wang saku dua hari sahaja dalam seminggu. Jika ada rezeki, saya hanya mampu memberikan sebanyak RM2 kepada setiap seorang.

“Semua anak-anak faham dengan keadaan saya. Isteri, Nurul Izati Nor, 30, yang merupakan suri rumah akan menghantar bekalan makanan jika ada ke kelas fardu ain pada waktu petang untuk mereka mengalas perut,” katanya.

Katanya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik kini tidak boleh melakukan kerja berat dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan.

Menurutnya, selain sewa rumah, bil elektrik turut tertunggak selama beberapa bulan.

“Saya tidak mampu menjelaskan sewa rumah dan bil elektrik yang tertunggak kerana sudah tidak bekerja secara kerap sejak awal tahun ini.

“Bekalan barangan dapur juga banyak yang tidak dibeli.

“Saya hanya mengharapkan ihsan rakan-rakan dan adik-beradik yang ada menghulurkan bantuan beras atau barangan basah yang lain,” katanya.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan pihak berwajib, namun gagal kerana tidak mampu untuk menyediakan laporan kesihatan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nurul Izzati Nor, 0301441100006043 atau hubungi Mohd. Nusi di talian 010-275 7450.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -saku-anak-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.073234 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list