|
Melaka: Seorang wanita dicekup polis seharo selepas mencuri bar emas 999 dalam kejadian di premis di Jalan Kee Ann, semalam.
Supek berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Malim Jaya, di sini pada 6.45 petang dan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada 4.30 petang Isnin lalu, suspek dikatakan ke premis berkenaan sambil berpura-pura melihat emas yang dijual.
Katanya, suspek ketika itu dilayan pengurus premis dan dia meminta lelaki itu mengeluarkan satu bar emas 999 dianggar hampir RM30,000 untuk melihatnya.
"engurus terbabit kemudian mengeluarkan bar itu dari almari dan menyerahkan kepada suspek yang kemudian melihat serta memegangnya selama tiga minit.
"Tidak lama kemudian dia melarikan diri dan pengurus kedai cuba mengejarnya namun tidak berjaya. Suspek dikatakan melarikan diri dengan kereta Nissan Livina bersama dua lagi individu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata, bertindak atas maklumat, suspek ditahan dan bar emas itu ditemui di kediaman keluarganya di Taman Seri Mangga pada 7.20 malam.
Katanya, dalam soal siasat, suspek mengaku mencuri bar emas itu dan dia juga didapati baru berhenti kerja dari sebuah restoran, selain difahamkan pernah terbabit mengambil wang dari tempat kerjanya.
"Daripada siasatan dijalankan, suspek mendakwa mencuri bar emas itu untuk dijual bagi mendapatkan duit, selain menampung kehidupannya tetapi ia belum sempat dijual.
"ermohonan reman dibuat hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|