CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1684|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Inspektor Sheila didakwa lagi

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

SHIELA (kiri) bersama peguamnya di Mahakamah Majistret Kuala Lumpur. FOTO Fathil Asri

Kuala Lumpur: Inspektor Sheila yang tular di media sosial didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas satu pertuduhan mendatangkan kegusaran awam di pusat beli-belah dengan menjerit dan membunyikan hon kereta, lima bulan lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran am terhadap seorang wanita berusia 29 tahun.

Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta pusat beli-belah di Brickfields di sini, 5.26 petang, 16 Jun lalu.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman mencadangkan OKS diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, M Manoharan yang mewakili Sheila, merayu supaya anak guamnya dilepaskan dengan bon tanpa ikat jamin dan akan membuat aku janji untuk hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.

"Pertuduhan terhadap Sheila adalah tidak berasas dan sangat memalukan, sedangkan dia sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama sembilan tahun malah dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan," katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen.

Untuk rekod, Sheila mempunyai tiga pertuduhan kes jenayah di Mahkamah Majistret Selayang, yang mana perbicaraan kes itu ditetapkan bermula 5 hingga 7 Februari tahun depan.

Pada 26 Jun lalu, Sheila didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dan menyebut pangkat dengan cara tidak wajar dengan maksud mengaibkan kehormatan.

Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sheila-didakwa-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.042063 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list