CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 0

[Melaka] Sekolah rendah didahulukan jadi PPS

[Copy link]
Post time 8-11-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode

KARIM Tumin (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP. Shanmugam (dua dari kiri) pada Majlis Sumbangan Baju Raya Kepada Pelajar Sekolah Kurang Berkemampuan Sempena Deepavali di Little India, Jalan Bendahara, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD



MELAKA: Sekolah rendah di negeri ini akan didahulukan menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir pada musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Karim Tumin berkata, keputusan itu diambil agar tidak menganggu perjalanan pelajar di sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula 5 Disember ini.

Jelasnya, kesemua 233 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka sedia menjadi PPS sekiranya diperlukan.

“KPM sudah melancarkan jawatankuasa bencana khusus untuk menghadapi peralihan Monsun Timur Laut.

“Semua 233 buah sekolah di Melaka sedia menjadi PPS, namun hasil perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negeri, kita akan gunakan sekolah rendah dahulu yang jumlahnya lebih separuh sebagai PPS.

“Sebab kita tidak mahu ganggu pelajar di sekolah menengah yang menduduki SPM,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Baju Raya Kepada Pelajar Sekolah Kurang Berkemampuan Sempena Deepavali di Little India, Jalan Bendahara di sini, hari ini.

Monsun Timur Laut dijangka bermula Sabtu ini sehingga Mac tahun depan, berkemungkinan membawa empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam fasa awal iaitu pada November ini hingga Januari depan, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Mengulas berkenaan proses baik pulih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam yang rosak dilanda angin kuat baru-baru ini, Karim berkata, ia sudah berjalan hampir 40 peratus.

“Kita jangka ia siap lebih awal dari anggaran masa sebelum ini yang mengambil masa enam bulan, sekali gus membolehkan sekolah beroperasi seperti biasa sebelum Mac tahun depan,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... dahulukan-jadi-pps/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.095949 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list