CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2100|Reply: 0

[Melaka] 'Majistret tangguh hukum selepas dengar penjelasan suami'

[Copy link]
Post time 8-11-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

MELAKA: Prosiding kes seorang lelaki didakwa mencederakan isterinya kerana lewat menyediakan susu untuk bayi mereka bertukar pilu apabila tertuduh menangis teresak-esak di kandang pesalah di Mahkamah Majistret 3, Ayer Keroh, hari ini.

Kejadian berlaku semasa tertuduh, Shahmoonzhir Mohd Nazim, 32, disoal Majistret, Nabilah Nizam, mengenai punca sebenar dia memukul isterinya.

"Saya ada satu soalan sahaja sebelum saya jatuhkan hukuman. Apa punca awak pukul isteri, adakah hanya kerana dia tidak mahu buat susu dan baling botol susu?" soal Nabilah.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, selesai mengemukakan fakta kes dan hujah pemberatan hukuman, manakala tertuduh yang juga bapa kepada lima anak dan diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu hukuman ringan.



Shahmoonzhir memberitahu, punca kejadian disebabkan isterinya enggan menyediakan susu apabila disuruh serta membaling botol susu sedangkan dia yang kepenatan baru pulang bekerja sanggup menolong menjaga bayi mereka.

"Jadi, saya marah dia (isteri), tapi bukan nak pukul dia. Saya nak baling kipas ke arah almari tapi kena pada dia dan saya mengaku bersalah.

"Saya juga tiada ahli keluarga di sini kerana berasal dari Sabah dan isteri juga tidak hadir di mahkamah hari ini," katanya sambil mengesat air mata di kandang pesalah.

Fiqri Hakim kemudian bangun dan memohon prosiding ditangguhkan bagi semakan dengan pegawai penyiasat, sama ada terdapat laporan tarik balik kes oleh pengadu dan dibenarkan Nabilah.

Sejurus prosiding bersambung, peguam tertuduh memaklumkan pengadu ingin menarik balik laporan kes dan memohon tarikh sebutan baharu.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 23 November ini dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000.

Pada 6 Oktober lalu ketika dituduh kali pertama, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi melantik peguam dan serahan dokumen yang mana dia menukar pengakuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isteri yang berusia 30 tahun, di rumah mereka dekat Batu 6, Solok Balik Bukit, Bukit Lintang di sini, kira-kira jam 12 tengah malam 1 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ar-penjelasan-suami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.038364 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list