CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5394|Reply: 22

Alert!!! Time is near

[Copy link]
Post time 11-2-2011 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Just want to share a testimony that happens in Sept 2009 in Ecuador....

http://www.divinerevelations.info/Documents/Prepare_to_meet_your_God/index.htm

Read it and absorb it asap... Time is short!!!!!!!!!!!!!!!


Regards

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2011 12:40 PM | Show all posts
Another sister in Korea taken to hell....

http://www.youtube.com/watch?v=jI8Lnqq0T6A&feature=related

Christians!!!!!! Please wake up..... Non-believers, please believe... before it is too late..

Regards
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 08:45 AM | Show all posts
Perkara pertama yang harus difikirkan adalah, di mana kepastiannya bahawa yang menjumpai wanita muda korea itu adalah Jesus? Apa rujukan yang digunakan nya untuk beliau mengetahui lelaki tersebut adalah Jesus? Mana dokumen yang menceritakan bagaimana rupa Jesus? Di mana kepastiannya adalah tempat tersebut adalah neraka? Mana dokumen yang digunakan untuk beliau mengenal pasti tempat tersebut adalah benar-benar neraka?

Bagi saya jika sekadar buat wayang gambar macam tuh, ianya tidak menjaminkan apa-apa bahawa itu adalah suatu kebenaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 3# erusi2

Perkara pertama yang harus difikirkan adalah, di mana kepastiannya bahawa yang menjumpai wanita muda korea itu adalah Jesus? Apa rujukan yang digunakan nya untuk beliau mengetahui lelaki tersebut adalah Jesus? Mana dokumen yang menceritakan bagaimana rupa Jesus? Di mana kepastiannya adalah tempat tersebut adalah neraka? Mana dokumen yang digunakan untuk beliau mengenal pasti tempat tersebut adalah benar-benar neraka?


Senang je. Apa yg berlaku kepada wanita ini ada tercatit dlm alkitab dan ia mengesahkan apa yg dikatakan. Lagipun, ini cuma salah satu je daripada byk org yg telah melawati syurga dan neraka. Takkan mereka semua silap??

Kalau iblis pun, takkan ia meminta manusia bertaubat dari dosa. Bukankah itu membelakangi prinsipnya utk membawa manusia jauh dari Tuhan. Gunakan minda saudara tu. Saya sarankan saudara cari dlm internet, byk betul cerita mengenai org dibawa ke syurga dan mengalami pengalaman yg serupa.

Bagi saya jika sekadar buat wayang gambar macam tuh, ianya tidak menjaminkan apa-apa bahawa itu adalah suatu kebenaran.


Itu pilihan saudara, kalau saudara tak nak percaya. Yg akan menanggung akibatnya adalah saudara. Kerana saudara yg perlu membuat penjelasan kepada Tuhan pada hari penghakiman kelak.

Kisah 2:17  Akan terjadi pada hari-hari terakhir—demikianlah firman Allah—bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia; maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat, dan teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan, dan orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:26 AM | Show all posts
Reply 4# kompia23


Senang je. Apa yg berlaku kepada wanita ini ada tercatit dlm alkitab dan ia mengesahkan apa yg dikatakan. Lagipun, ini cuma salah satu je daripada byk org yg telah melawati syurga dan neraka. Takkan mereka semua silap??


Yes, buat di mana kepastiannya bahawa yang datang itu adalah Jesus?

Juga di mana kepastiannya bahawa yang dilawati itu adalah syurga dan neraka?

Juga di mana kepastiannya bahawa mereka tu semua tidak silap?

Kalau iblis pun, takkan ia meminta manusia bertaubat dari dosa. Bukankah itu membelakangi prinsipnya utk membawa manusia jauh dari Tuhan. Gunakan minda saudara tu. Saya sarankan saudara cari dlm internet, byk betul cerita mengenai org dibawa ke syurga dan mengalami pengalaman yg serupa.


Tidak juga. Secara kasar memang dia suruh bertaubat dari dosa, tetapi secara dalamannya ia dapat menyesatkan manusia jika yang datang itu adalah iblis dan manusia percaya yang datang itu adalah Tuhan. Justeru secara tidak sedar manusia percaya iblis yang datang tu adalah Tuhan. So itu membawa kepada kesesatan.

Saya tidak berminat pada cerita-cerita yang tiada kepastian seperti itu.

Itu pilihan saudara, kalau saudara tak nak percaya. Yg akan menanggung akibatnya adalah saudara. Kerana saudara yg perlu membuat penjelasan kepada Tuhan pada hari penghakiman kelak.

Kisah 2:17  Akan terjadi pada hari-hari terakhir—demikianlah firman Allah—bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia; maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat, dan teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan, dan orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi.


Memang itu pilihan saya sebab saya tidak mahu percaya pada benda-benada yang tak pasti macam tu. Dan saya yakin pilihan saya yang tidak mahu beriman secara buta tuli pada benda-benda yang tidak pasti macam tu akan memelihara saya daripada syirik kepada Allah dan menghindarkan diri saya daripada kesesatan. Dan saya yakin disebabkan saya tidak percaya pada benda-benda yang tidak pasti macam tuh akan mengelakkan dari saya daripada kena bagi penjelasan kenapa percaya pada benda-benda yang tak pasti di alam abadi kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 02:40 PM | Show all posts
Yes, buat di mana kepastiannya bahawa yang datang itu adalah Jesus? Juga di mana kepastiannya bahawa yang dilawati itu adalah syurga dan neraka? Juga di mana kepastiannya bahawa mereka tu semua tidak silap?


Senang je. Rujuk alkitab. Saya lebih pasti mereka tidak silap berbanding dgn saudara. Kerana apa yg saudara katakan adalah tanpa bukti tetapi apa yg mereka katakan adalah terbukti benar dgn sokongan dari alkitab. Maka, siapa yg saudara rasa org akan percaya? Saudara atau mereka yg mempunyai pengalaman yg sama, walaupun berada di negara yg berlainan pada masa yg berlainan. Fikirkan sendiri.

Justeru secara tidak sedar manusia percaya iblis yang datang tu adalah Tuhan. So itu membawa kepada kesesatan.


Justeru tu, saudara kena selidiki mana dtgnya buku saudara tu ??

Saya tidak berminat pada cerita-cerita yang tiada kepastian seperti itu.


Sama seperti saudara tidak berminat kepada kebenaran yg sudah ada di depan mata kerana saudara sudah butakan hati saudara utk menerima penjelasan.

Dan saya yakin pilihan saya yang tidak mahu beriman secara buta tuli pada benda-benda yang tidak pasti macam tu akan memelihara saya daripada syirik kepada Allah dan menghindarkan diri saya daripada kesesatan.


Betul ke tu? Saudara pernah merasakan kehadiran Tuhan bersama saudara? Saudara pernah lihat Tuhan bekerja dlm penyembuhan luar biasa? Saudara pernah lihat org kerasukan iblis yg disembuhkan. Saudara pernah lihat semua ini? Apa yg menyokong saudara utk mempercayai kepercayaan saudara? Apa yg menyebabkan saudara begitu pasti jalan saudara tu benar?

Dan saya yakin disebabkan saya tidak percaya pada benda-benda yang tidak pasti macam tuh akan mengelakkan dari saya daripada kena bagi penjelasan kenapa percaya pada benda-benda yang tak pasti di alam abadi kelak.


Dan kerana itulah, saudara tidak akan menjumpai Tuhan yg mengasihi manusia, yg begitu besar hatiNya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 21-3-2011 21:33

Reply 6# kompia23


Senang je. Rujuk alkitab.


Di mana kepastiannya bible itu benar iaitu masih menyamai autographnya?

Saya lebih pasti mereka tidak silap berbanding dgn saudara.


Kamu memberikan kenyataan bahawa kamu pasti. But saya tidak tanyakan sama ada kamu pasti atau pun tidak. Yang saya tanyakan adalah bagaimana kamu pasti?

Kamu kata kamu pasti, then bagaimana kamu pasti?

Kerana apa yg saudara katakan adalah tanpa bukti tetapi apa yg mereka katakan adalah terbukti benar dgn sokongan dari alkitab. Maka, siapa yg saudara rasa org akan percaya? Saudara atau mereka yg mempunyai pengalaman yg sama, walaupun berada di negara yg berlainan pada masa yg berlainan. Fikirkan sendiri.


Saya rasakan saya tidak mengatakan apa-apa. Cumanya saya mengemukakan pertanyaan kepada kamu. Cuba rujuk semula posting saya yang kamu quotekan dalam posting kamu itu. Apa yang kamu quotingkan posting saya adalah seperti di bawah

Erusi wrote:-
Yes, buat di mana kepastiannya bahawa yang datang itu adalah Jesus? Juga di mana kepastiannya bahawa yang dilawati itu adalah syurga dan neraka? Juga di mana kepastiannya bahawa mereka tu semua tidak silap?


Justeru semuanya itu adalah pertanyaan semata-mata.

Justeru tu, saudara kena selidiki mana dtgnya buku saudara tu ??


Sudah lama saya selidik. Ianya datang daripada Allah. Buktinya ialah di dalam Al-Quran itu tidak terkandung sebarang kesalahan satu pun. Sememangnya firman Allah tidak akan salah.

So berbalik kepada wayang gambar itu. Jika sebenarnya iblis yang datang kepada wanita tersebut dan mengaku sebagai jesus atau tuhan, then seterusnya dia percaya, then itu adalah kesesatan. Kerana wanita itu menganggapnya tuhan, pada hal dia bukan tuhan.

Sama seperti saudara tidak berminat kepada kebenaran yg sudah ada di depan mata kerana saudara sudah butakan hati saudara utk menerima penjelasan.


Sekali lagi kamu hanya bersangka-sangka. Saya lebih memahami diri saya and sememangnya saya berminat kepada kebenaran dan saya tidak pernah membutakan hati saya untuk menerima sebarang penjelasan jika penjelasan tersebut bersandarkan kepada kepastian. Tetapi jika penjelasan tersebut hanya bersandarkan sangkaan semata-mata, then saya tidak mahu beriman secara buta tuli.

Betul ke tu?


Yes, betul.

Saudara pernah merasakan kehadiran Tuhan bersama saudara?


Pernah.

Saudara pernah lihat Tuhan bekerja dlm penyembuhan luar biasa?


Pernah

Saudara pernah lihat org kerasukan iblis yg disembuhkan.


Pernah

Apa yg menyokong saudara utk mempercayai kepercayaan saudara? Apa yg menyebabkan saudara begitu pasti jalan saudara tu benar?


Al-Quran.
Allah pelindung dan penolong yang terbaik.
Ali Imran:150 Tetapi hanya Allah-lah pelindung mu dan Dia penolong yang terbaik.

Allah Maha Mendengar doa.
Ali Imran: 38 Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya. Dia berkata "Wahai Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa."

Saya pasti jalan saya benar kerana saya merujuk pada kitab suci yang benar dan pasti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2011 09:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 22-3-2011 10:07
Di mana kepastiannya bible itu benar iaitu masih menyamai autographnya?


Di mana kepastian ia tidak sama dgn autographnya?? Ada bukti?

Kamu kata kamu pasti, then bagaimana kamu pasti?


Kerana Tuhan yg hidup... Dan Dia menunjukkan DiaNya benarf melalui perbuatanNya dan pengenapan FirmanNya bukan secara teori tetapi secara nyata. Tanya mana mana Kristian, dia akan beritahu benda yg sama.

Saya rasakan saya tidak mengatakan apa-apa. Cumanya saya mengemukakan pertanyaan kepada kamu. Cuba rujuk semula posting saya yang kamu quotekan dalam posting kamu itu. Apa yang kamu quotingkan posting saya adalah seperti di bawah


Betul dan sila baca post saya. Yg saya katakan apa yg mereka katakan itu ada sokongan dari alkitab....

1 Kor 6:9-10
9  Atau tidak tahukah kamu, bahwa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzinah, banci, orang pembunyik,
10  pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.

Justeru semuanya itu adalah pertanyaan semata-mata.


Pertanyaan yg saya jawablah tu...

Sudah lama saya selidik. Ianya datang daripada Allah. Buktinya ialah di dalam Al-Quran itu tidak terkandung sebarang kesalahan satu pun. Sememangnya firman Allah tidak akan salah.


Betul ke tu? Pergi ke internet dan check... Byk kesilapan tu.  Taip je.. Answering islam atau
http://www.beholdthebeast.com/ dan lain lain..

Jika sebenarnya iblis yang datang kepada wanita tersebut dan mengaku sebagai jesus atau tuhan, then seterusnya dia percaya, then itu adalah kesesatan. Kerana wanita itu menganggapnya tuhan, pada hal dia bukan tuhan.


Jikalau itu betul betul adalah Tuhan, apa akibatnya pulak. Seperti yg saya katakan, takkan si iblis nak manusia berpaling tadah dari melakukan dosa? Gunakan kebijaksanaan yg Tuhan berikan tu.

Tetapi jika penjelasan tersebut hanya bersandarkan sangkaan semata-mata, then saya tidak mahu beriman secara buta tuli.


Jikalau sedemikian. Apa bukti yg Tuhan saudara tu benar? Apakah yg Tuhan saudara lakukan pada hari ini? Saudara beriman kepada apa yg buku saudara katakan. Kami beriman kepada Tuhan yg memberikan Firman tersebut. Dan Tuhan membuktikan DiriNya benar dgn menunaikan janji-janjiNya dlm alkitab.

Pernah


Bagus kalau saudara katakan pernah.

Yg pertama, bila saudara rasakan kehadiran Tuhan? Dan bagaimana saudara tahu?

Boleh berikan contoh org disembuhkan? Dan dlm nama siapa, dia disembuhkan? Ada buktinya ke? Kalau saudara nak, saya boleh berikan dari segi kepercayaan saya. Sebab cakap dgn membuktikannya berbeza...

Sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 11:16 PM | Show all posts
Reply 8# kompia23


Di mana kepastian ia tidak sama dgn autographnya?? Ada bukti?


Ada. 2 Versi ayat Lukas 3:33 atau Wahyu 1:11 tu. So salah satunya pasti tidak menyamai autographnya.


Kerana Tuhan yg hidup... Dan Dia menunjukkan DiaNya benarf melalui perbuatanNya dan pengenapan FirmanNya bukan secara teori tetapi secara nyata. Tanya mana mana Kristian, dia akan beritahu benda yg sama.


Umat Buddha pun boleh mengatakan Kerana Tuhan yg hidup... Dan Dia menunjukkan DiaNya benarf melalui perbuatanNya dan pengenapan FirmanNya bukan secara teori tetapi secara nyata.
So kenyataan tersebut tertolak sebab semua umat agama boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Betul dan sila baca post saya. Yg saya katakan apa yg mereka katakan itu ada sokongan dari alkitab....

1 Kor 6:9-10
9  Atau tidak tahukah kamu, bahwa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzinah, banci, orang pembunyik,
10  pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.


Then tunjukkan lah autographnya untuk membuktikan sokongan bible itu masih asli dan masih menyamai catatan di dalam autographnya.

Pertanyaan yg saya jawablah tu...


Jadi saya cuma mengeluarkan pertanyaan dan bukannya keluarkan kenyataan. so berbalik kepada post kamu iaitu

Kompia23 wrote:-
Kerana apa yg saudara katakan adalah tanpa bukti


yang saya katakan tu, yang mana? jika semuanya yang saya keluarkan adalah hanya pertanyaan.

Betul ke tu? Pergi ke internet dan check... Byk kesilapan tu. Taip je.. Answering islam atau
http://www.beholdthebeast.com/ dan lain lain..


Betul. Memang saya dah check. Kesalahan yang didakwa dalam internet tu dah diperjelaskan dalam http://www.answering-christianity.com/ac.htm dan penjelasan yang telah diberikan itu tidak dapat dibuktikan sebagai penjelasan yang salah.
Justeru itu bukan kesalahan jika ada penjelasannya.

Jikalau itu betul betul adalah Tuhan, apa akibatnya pulak. Seperti yg saya katakan, takkan si iblis nak manusia berpaling tadah dari melakukan dosa? Gunakan kebijaksanaan yg Tuhan berikan tu.


Di sinilah contohnya tiada kepastian itu. Semuanya bergantung pada "kalau". Justeru untuk menentukannya rujuk situasi tersebut pada sumber yang pasti iaitu kitab suci yang tiada kesalahan di dalamnya. Pada kitab yang pasti itu rujuk apakah benar Tuhan memberitahu Dia ada atau akan datang bawa manusia ke neraka atau tidak. Kalau ada then fine. But kalau tak ada, then kita tahu lah itu hanya pembohongan semata-mata.
Justeru itulah penting nya sesuatu kepastian. Supaya kita tidak akan tertipu.

So bila tak teripu, tiadalah akibat buruk tertimpa pada kita.
Kita kena ingat Iblis tu akan cuba segala macam idea untuk menyesatkan manusia.

Jikalau sedemikian. Apa bukti yg Tuhan saudara tu benar? Apakah yg Tuhan saudara lakukan pada hari ini? Saudara beriman kepada apa yg buku saudara katakan.


Buktinya Al-Quran itu benar. Al-Quran datang dari Tuhan. Jika Al-Quran benar, so Tuhan itu benar lah. Tuhan Maha Segala-galanya. So setiap hari Dia lakukan segala-galanya. Contohnya tengok itu ini, uruskan bumi, urusan langit, dan macam-macam lah. dengan kata lain Dia lakukan segala-galanya.
Saya beriman Tuhan itu Allah dan Dia Esa.

Kami beriman kepada Tuhan yg memberikan Firman tersebut. Dan Tuhan membuktikan DiriNya benar dgn menunaikan janji-janjiNya dlm alkitab.


Then tunjukkan autographnya untuk membuktikan janji-janji dalam bible itu benar-benar janji Tuhan seperti juga tercatat dalam autographnya.

Yg pertama, bila saudara rasakan kehadiran Tuhan? Dan bagaimana saudara tahu?



Setiap hari dan setiap masa. Sebab dalam Al-Quran disebutkan Tuhan itu Maha segala-galanya. seperti Maha mendengar, Maha melihat, Maha memperkenankan doa, Maha melindungi dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi saya solat minimunnya 5 kali sehari. Solat itu adalah ibadat kepada Allah.

Boleh berikan contoh org disembuhkan? Dan dlm nama siapa, dia disembuhkan? Ada buktinya ke? Kalau saudara nak, saya boleh berikan dari segi kepercayaan saya. Sebab cakap dgn membuktikannya berbeza...


Contohnya adalah sepupu isteri saya. Ini saya meihatnya dengan mata saya sendiri sebab saya yang turut mnghantar beliau ketika berubat, iaitu melalui perubatan as syifa' dia akhirnya sembuh dari lumpuh walaupun sebelum ini doktor kata dia sudah tak boleh diubati.

Kalau penyembuhan dari dirasuk pula, contohnya adalah kawan saya sendiri ketika sama-sama di IPT. Memang ada buktinya sebab saya sendiri yang turut memegang nya ketika pengubatan tersebut.

Pengubatan tersebut tidak menyebut nama sesiapa. Cumanya hanya dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di samping air yang telah dibacakan ayat-ayat suci itu tadi sebagai mediumnya untuk disapu dan diminum oleh pesakit.

Saya rasa tak perlu kamu berikan dari sudut kepercayaan kamu, sebab saya sendiri mempunyai buktinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 01:53 PM | Show all posts
Ada. 2 Versi ayat Lukas 3:33 atau Wahyu 1:11 tu. So salah satunya pasti tidak menyamai autographnya.


Yg saya pasti, salah satunya adalah betul. Maka, Firman Tuhan masih terpelihara ke hari ini.

Betul. Memang saya dah check. Kesalahan yang didakwa dalam internet tu dah diperjelaskan dalam http://www.answering-christianity.com/ac.htm dan penjelasan yang telah diberikan itu tidak dapat dibuktikan sebagai penjelasan yang salah.


Hmm... rasanya saudara tak pergi pun ke website yg saya berikan tu. Mungkin saudara pergi dlm internet dan taip je kesilapan dlm buku suci saudara tu. Berlambak tu.

Pada kitab yang pasti itu rujuk apakah benar Tuhan memberitahu Dia ada atau akan datang bawa manusia ke neraka atau tidak. Kalau ada then fine. But kalau tak ada, then kita tahu lah itu hanya pembohongan semata-mata.


Betul ke? Ada dlm alkitab.... Yohanes dibawa ke syurga oleh Tuhan, kalau tidak camna dia boleh nampak malaikat dan Tuhan.

Wahyu 1:17-18
17  Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: "Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir,
18  dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut.

Kita kena ingat Iblis tu akan cuba segala macam idea untuk menyesatkan manusia.


Betul termasuk mengeluarkan satu buku yg bercanggah sepenuhnya dgn Firman Tuhan. Fikirkan.

Umat Buddha pun boleh mengatakan Kerana Tuhan yg hidup...


Pelik. Yg saya faham ttg agama buddha adalah manusia menjadi Tuhan. Itu pegangan mereka. Rasanya saudara tak fasih agama ini kot. Pelik pelik... Jgn cakap kalau tak tahu seperti yg saudara buat di semua thread sini.

Then tunjukkan lah autographnya untuk membuktikan sokongan bible itu masih asli dan masih menyamai catatan di dalam autographnya.


Dah tunjuk. Melalui perbuatan Tuhan dlm kehidupan org Kristian dan umat Israel hari ini.

yang saya katakan tu, yang mana? jika semuanya yang saya keluarkan adalah hanya pertanyaan.


Pertanyaan yg sudah dijawab.

Buktinya Al-Quran itu benar. Al-Quran datang dari Tuhan.


Apa buktinya saudara???? Umat Israel langsung tidak mengiktiraf, Kristian pun tak iktiraf... dan alkitab pun tak iktiraf.


Setiap hari dan setiap masa. Sebab dalam Al-Quran disebutkan Tuhan itu Maha segala-galanya.


Maksud saudara, saudara rasakan kehadiran Tuhan kerana ia dinyatakan dlm buku suci saudara.. hmmm... tak sama dgn kami.. kami tahu Tuhan ada kerana Dia hadir dlm kebaktian kami, sebab tu banyak kami yg boleh berbahasa roh dan menerima nubuat & kata-kata ajaran dari Tuhan terus pada masa tu.

iaitu melalui perubatan as syifa' dia akhirnya sembuh dari lumpuh walaupun sebelum ini doktor kata dia sudah tak boleh diubati.


Hmmm... pelik kena ada perubatan as syifa? Apa tu? Yg penyembuhan yg saya maksudkan bukan melalui apa-apa kaedah perubatan. Ianya cuma melalui doa. Doa yg menyembuhkan serta merta seperti yg berlaku dlm alkitab. Yg pekak boleh mendengar, yg bisu boleh bercakap, yg ada sakit lain boleh disembuhkan. Bukan melalui kaedah tradisi, urut ke, tetapi kerana kuasa Tuhan.

Kalau penyembuhan dari dirasuk pula, contohnya adalah kawan saya sendiri ketika sama-sama di IPT. Memang ada buktinya sebab saya sendiri yang turut memegang nya ketika pengubatan tersebut.


Tak pelik kah saudara yg dirasuk hantu/roh, histeria tu semuanya kaum saudara??

ayat-ayat suci Al-Quran


Boleh bagi ayat-ayat ini?

Saya rasa tak perlu kamu berikan dari sudut kepercayaan kamu, sebab saya sendiri mempunyai buktinya.


Maka, kenapa saudara pergi ke forum sini, kalau bukan utk kami memberitahu saudara pandangan kami. . Kalau kami tak cakap, camna saudara tahu perbezaannya?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 07:38 PM | Show all posts
Reply 10# kompia23


Yg saya pasti, salah satunya adalah betul. Maka, Firman Tuhan masih terpelihara ke hari ini.


Then tunjukkan autographnya untuk membuktikan salah satu daripada dua versi tersebut juga tercatat dalam autographnya untuk membuktikan ianya adalah satu kepastian.
Tanpa autograph, makanya kamu hanya bersangka-sangka semata-mata. Saya mahukan jawapan kepastian, bukannya sangkaan. Jika hanya memberikan jawapan sangkaan, org tak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.

Hmm... rasanya saudara tak pergi pun ke website yg saya berikan tu. Mungkin saudara pergi dlm internet dan taip je kesilapan dlm buku suci saudara tu. Berlambak tu.


Kalau kamu rasa saya tak pergi check then, kamu copy jer mana-mana persoalan di dalam web tu then kita bincangkan dalam satu forum muslim untuk membincangkan berkenaan Islam. Mahukah kamu? Dari situ kita tak payah bersangka-sangka.

Betul ke? Ada dlm alkitab.... Yohanes dibawa ke syurga oleh Tuhan, kalau tidak camna dia boleh nampak malaikat dan Tuhan.

Wahyu 1:17-18
17  Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: "Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir,
18  dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut.


Kamu tak baca tulisan saya dengan betul. Saya katakan kitab suci yang pasti bukannya kitab suci yang tiada kepastian. Bible kamu tuh dipenuhi dengan ketidakpastian. So tak boleh digunapakai untuk mencari kepastian. Faham ke tak?

Betul termasuk mengeluarkan satu buku yg bercanggah sepenuhnya dgn Firman Tuhan. Fikirkan.


Bercanggah dan tidak pasti iaitu bible kamu tuh. Memang dah fikir pun.

Pelik. Yg saya faham ttg agama buddha adalah manusia menjadi Tuhan. Itu pegangan mereka. Rasanya saudara tak fasih agama ini kot. Pelik pelik... Jgn cakap kalau tak tahu seperti yg saudara buat di semua thread sini.


Sama la dengan kristian, manusia dikatakan Tuhan. Memang pelik.

Mana-mana agama mengatakan Tuhan mereka hidup.

Dah tunjuk. Melalui perbuatan Tuhan dlm kehidupan org Kristian dan umat Israel hari ini.


Kategori memutar belitkan kenyataan. Belum tunjuk dikatakan sudah tunjuk. Yang saya katakan autograph bible tu. Tak faham ker?Memang tak berpegang pada fakta yang autographnya sudah hilang.

Pertanyaan yg sudah dijawab.


So yang saya katakan tu, yang mana? jika saya hanya bertanya.

Itulah lain kali berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Apa buktinya saudara???? Umat Israel langsung tidak mengiktiraf, Kristian pun tak iktiraf... dan alkitab pun tak iktiraf.


Buktinya Al-Quran itu tidak mengandungi kesalahan. Org yang tidak mahu pada kebenaran memang tak iktiraf kebenaran.

Maksud saudara, saudara rasakan kehadiran Tuhan kerana ia dinyatakan dlm buku suci saudara.. hmmm... tak sama dgn kami.. kami tahu Tuhan ada kerana Dia hadir dlm kebaktian kami, sebab tu banyak kami yg boleh berbahasa roh dan menerima nubuat & kata-kata ajaran dari Tuhan terus pada masa tu.


Al-Quran adalah rujukan. Kehadiran Tuhan dirasakan dalam diri kami sendiri. Untuk kepastiannya, maka Al-Quran itu dirujuk.

Yes, kamu memang hanya mampu mengatakan dia hadir dalam kebaktian kamu, tapi masalahnya tiada kepastian yang hadir tu tuhan. Entah-entah syaitan. Sebab apa? sebab rujukannya pun tiada kepastian.

Hmmm... pelik kena ada perubatan as syifa? Apa tu? Yg penyembuhan yg saya maksudkan bukan melalui apa-apa kaedah perubatan. Ianya cuma melalui doa. Doa yg menyembuhkan serta merta seperti yg berlaku dlm alkitab. Yg pekak boleh mendengar, yg bisu boleh bercakap, yg ada sakit lain boleh disembuhkan. Bukan melalui kaedah tradisi, urut ke, tetapi kerana kuasa Tuhan.


Ini lagi satu kejahilan kamu. Dah tentulah dalam Al-Quran semuanya ada, ayat doa yang diajarkan Tuhan pun ada dalamnya.
Dan itu pun kerana kuasa Tuhan. Kalau Tuhan tak izinkan, takkan sembuh. Tetapi terbukti Tuhan menolong org-org yang beriman. Dia menunjukkan kebenaran Nya melalui penyembuhan tersebut.

Tak pelik kah saudara yg dirasuk hantu/roh, histeria tu semuanya kau tu memanglah musuh m saudara??


Tiada yang peliknya, org yang beriman tu memang dijadikan musuh oleh syaitan. sebab itu syaitan tak berhenti-henti cuba menyusahkan org beriman.

Org yang tak beriman pulak memang disayangi syaitan. Mungkin sebab tu dia tak rasuk sebab tak nak menyusahkan org yang disayangnya.

Boleh bagi ayat-ayat ini?


Salah satunya Al-Fatihah tu.

Maka, kenapa saudara pergi ke forum sini, kalau bukan utk kami memberitahu saudara pandangan kami. . Kalau kami tak cakap, camna saudara tahu perbezaannya?


Untuk menjalankan tanggungjawab saya menyampaikan kebenaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 02:58 PM | Show all posts
Tanpa autograph, makanya kamu hanya bersangka-sangka semata-mata. Saya mahukan jawapan kepastian, bukannya sangkaan. Jika hanya memberikan jawapan sangkaan, org tak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.


Hmm.... Takpe tu saudara, bila saudara jumpa Tuhan nanti saudara akan dapat buku asli tu. Tetapi harap masa tu, jgn saudara menyesal pulak... Org tak berilmu tak mampu berkata sedemikian kerana dia tidak mempunyai ilmu. Sebab tu selalunya, org jenis ini diam dan tidak bercakap sebarangan. Mereka mendengar. Lain pulak dgn saudara, yg tidak fasih ttg alkitab tetapi bersifat seperti seorg pakar. Fikirkan. Saudara baca tak alkitab tu??

Mahukah kamu? Dari situ kita tak payah bersangka-sangka.


Boleh-boleh.... Jawap dulu persoalan dlm thread why Islam is not for me? yg dibukakan oleh saya tu..

Saya katakan kitab suci yang pasti bukannya kitab suci yang tiada kepastian.


Apa yg saudara tak pasti dlm alkitab tu? Tentang apa? Adam, Musa, Abraham, Yakub, Ayub, Yesus??

Bercanggah dan tidak pasti iaitu bible kamu tuh. Memang dah fikir pun.


Saya dah buktikan yg buku suci saudara tu bercanggah dgn buku alkitab kami dan ajaran umat Israel yg ada hari ini. Mungkin saudara boleh buktikan kenapa saudara rasakan buku suci saudara tu yg benar. Apa yg menyokongnya?

Sama la dengan kristian, manusia dikatakan Tuhan. Memang pelik.


Tgk sini pun tahu betapa ceteknya pemahaman saudara terhadap kepercayaan umat Kristian. Yesus adalah Tuhan sebelum Dia menjadi manusia. Bagi kami, Dia adalah Tuhan dlm bentuk manusia. Bukan manusia yg ditinggikan jadi Tuhan.

Belum tunjuk dikatakan sudah tunjuk.


Belum tunjuk? Dah bagi video org mengatakan diangkat ke syurga. Dah ada video, budak kecil umur 4 tahun, Tuhan berkata kepadanya... Dah ada byk kesaksian penyembuhan dlm nama Yesus, tak tunjuk. Ok lah...

Saya bagi satu website. Saudara pergi jengok bagaimana penyembuhan dlm nama Tuhan terus berlaku ok... http://petruong.blogspot.com/ Ini adalah laman seorg saudara yg sangat diberkati oleh Tuhan.

So yang saya katakan tu, yang mana? jika saya hanya bertanya.


Yg mana belum terjawab?... Soalan yg saudara sentiasa lari kepada apabila tak tahu apa nak ditanya lagi?? Soalan mana buku asli alkitab?? Rasanya kalau saya bagipun, saudara akan menafikan keaslian buku asli tersebut.

Wahyu 22:19  Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."

Buktinya Al-Quran itu tidak mengandungi kesalahan. Org yang tidak mahu pada kebenaran memang tak iktiraf kebenaran.


Kalau takde kesilapan, takkan org akan menyatakan ianya bermasalah termasuk saya.

Al-Quran adalah rujukan. Kehadiran Tuhan dirasakan dalam diri kami sendiri. Untuk kepastiannya, maka Al-Quran itu dirujuk.


Pelik... Bagi kami, alkitab adalah Firman Tuhan yg harus ditaati, bukan utk dirujuk. Sebab tu ke, kebykn umat saudara tak fasih bahasa arab tetapi cuma menghafal je??

Yes, kamu memang hanya mampu mengatakan dia hadir dalam kebaktian kamu, tapi masalahnya tiada kepastian yang hadir tu tuhan. Entah-entah syaitan. Sebab apa? sebab rujukannya pun tiada kepastian.


Senang je nak mengenal Tuhan. Tuhan akan menjaga umatNya dan memberikan aman damai dlm mereka. Dan Tuhan akan melakukan yg terbaik utk umatNya tanpa meminta balasan. Tetapi si iblis aka syaitan tak sama, bila sesuatu diberi, sesuatu akan diminta. Hmm... kalau konsep ini pun saudara tak tahu. Camna saudara pasti dgn apa yg saudara katakan tu.

Ini lagi satu kejahilan kamu. Dah tentulah dalam Al-Quran semuanya ada, ayat doa yang diajarkan Tuhan pun ada dalamnya.


Kami tak perlu hafal apa apa ayat dlm kitab pun. Sebab, kami cuma berdoa meminta dlm nama Yesus Kristus je. Sebab dah dikatakan dlm alkitab utk berbuat demikian. Utk penyembuhan berlaku, kami tak perlukan seorg yg pakar, cuma seorg yg ikhlas dan yakin kepada Tuhan. Itu je. Sebab tu, ada kesaksian seorg budak kecil umur 5 tahun berdoa utk org gaji yg terjatuh dan terhantuk kepalanya terus disembuhkan dari sakit dlm nama Yesus. Kisah benar.

Tiada yang peliknya, org yang beriman tu memang dijadikan musuh oleh syaitan. sebab itu syaitan tak berhenti-henti cuba menyusahkan org beriman.


Org beriman takkan dirasuk hantu. Yg selalu diganggu tu adalah kerana tiada pertahanan Tuhan terhadap serangan iblis. Tak tahu ke saudara?

Salah satunya Al-Fatihah tu.


1.        ALLAH in the name of The Most Affectionate, the Merciful.
2.        All praise unto Allah, Lord of all the worlds.
3.        The most Affectionate, The Merciful.
4.        Master of the Day of Requital.
5.        We worship You alone, and beg You alone for help.
6.        Guide us in the straight path.
7.        The path of those whom You have favoured. Not of those who have earned Your anger and nor of those who have gone astray

Ini ke saudara?? Maksud saudara, saudara juga baca berulang-ulang kepada air dan air ini digunakan utk mengubati???

Untuk menjalankan tanggungjawab saya menyampaikan kebenaran.


Hmm... tak apa tu saudara. Kami sudah menjumpai kebenaran yg dtg dari Tuhan sendiri, melalui FirmanNya. Sekiranya saudara nak bertanya sesuatu, itu boleh. Kalau saudara nak berdakwah di sini, itu tak perlu. Kami yakin dgn kepercayaan kami.

Yakobus 3:6  Lidahpun adalah api; ia merupakan suatu dunia kejahatan dan mengambil tempat di antara anggota-anggota tubuh kita sebagai sesuatu yang dapat menodai seluruh tubuh dan menyalakan roda kehidupan kita, sedang ia sendiri dinyalakan oleh api neraka.

Berhati-hati dgn apa yg saudara katakan kerana itu akan digunakan utk menghakimi saudara kelak.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply 12# kompia23


Hmm.... Takpe tu saudara, bila saudara jumpa Tuhan nanti saudara akan dapat buku asli tu. Tetapi harap masa tu, jgn saudara menyesal pulak... Org tak berilmu tak mampu berkata sedemikian kerana dia tidak mempunyai ilmu. Sebab tu selalunya, org jenis ini diam dan tidak bercakap sebarangan. Mereka mendengar. Lain pulak dgn saudara, yg tidak fasih ttg alkitab tetapi bersifat seperti seorg pakar. Fikirkan. Saudara baca tak alkitab tu??


Apa yang saya yakini adalah kamu nanti yang akan menyesal tak sudah sebab masa di dunia kamu beriman secara buta tuli menyebabkan kamu berada dalam keadaan kekufuran terhadap Tuhan. Terkadang org tak berilmu lebih banyak cakap daripada org berilmu, cuma perbezaannya org berilmu berkata berdasarkan kepastian iaitu ilmunya yang ada padanya, tapi org tak der ilmu berkata berdasarkan sangkaannya sahaja.
Kalau saya tak membaca dan tak menyelidiki bible tu, tak der la temui kesilapan dan kesalahan di dalam bible tu.

Boleh-boleh.... Jawap dulu persoalan dlm thread why Islam is not for me? yg dibukakan oleh saya tu..


Baca semula di thread tu. Rasanya saya dah jawab.

Apa yg saudara tak pasti dlm alkitab tu? Tentang apa? Adam, Musa, Abraham, Yakub, Ayub, Yesus??


Segala-galanya.
Kamu pasti? Then tunjukkan autographnya untuk membuktikan bahawa kamu pasti. Kalau tak, kamu hanya bersangka-sangka semata-mata.

Saya dah buktikan yg buku suci saudara tu bercanggah dgn buku alkitab kami dan ajaran umat Israel yg ada hari ini. Mungkin saudara boleh buktikan kenapa saudara rasakan buku suci saudara tu yg benar. Apa yg menyokongnya?


Memanglah buku yang sudah tidak terhindar daripada sebarang kesalahan akan didapati bercanggah dengan buku yang masih sempurna, masih bersih dan masih terhindar daripada sebarang kesalahan. Faham tak?

Tgk sini pun tahu betapa ceteknya pemahaman saudara terhadap kepercayaan umat Kristian. Yesus adalah Tuhan sebelum Dia menjadi manusia. Bagi kami, Dia adalah Tuhan dlm bentuk manusia. Bukan manusia yg ditinggikan jadi Tuhan.


Yang pastinya dia dahaga, dia rasa lapar, dia mati. So dia tu manusia. Tuhan takkan bersifat macam tu. So manusia yang didakwa sebagai tuhan. Kan sama dengan Buddha tu.

Belum tunjuk? Dah bagi video org mengatakan diangkat ke syurga. Dah ada video, budak kecil umur 4 tahun, Tuhan berkata kepadanya... Dah ada byk kesaksian penyembuhan dlm nama Yesus, tak tunjuk. Ok lah...

Saya bagi satu website. Saudara pergi jengok bagaimana penyembuhan dlm nama Tuhan terus berlaku ok... http://petruong.blogspot.com/ Ini adalah laman seorg saudara yg sangat diberkati oleh Tuhan.  


Yang saya suruh tunjukkan adalah autograph bible tu, bukannya wayang gambar tu. Kalau setakat wayang gambar tuh, baik tak payah.

Yg mana belum terjawab?... Soalan yg saudara sentiasa lari kepada apabila tak tahu apa nak ditanya lagi?? Soalan mana buku asli alkitab?? Rasanya kalau saya bagipun, saudara akan menafikan keaslian buku asli tersebut.

Wahyu 22:19  Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."


Mari kita selusuri sejarah posting kita berkenaan perkara ni. Pada permulaannya saya kemukakan pertanyaan seperti di bawah.

Erusi wrote posting #5:-

Yes, buat di mana kepastiannya bahawa yang datang itu adalah Jesus?

Juga di mana kepastiannya bahawa yang dilawati itu adalah syurga dan neraka?

Juga di mana kepastiannya bahawa mereka tu semua tidak silap?


Semuanya adalah hanya pertanyaan sahaja.
Seterusnya kamu memberikan maklumbalas seperti di bawah bagi posting #5 saya itu.

Kompia23 wrote posting #6:-
Senang je. Rujuk alkitab. Saya lebih pasti mereka tidak silap berbanding dgn saudara. Kerana apa yg saudara katakan adalah tanpa bukti tetapi apa yg mereka katakan adalah terbukti benar dgn sokongan dari alkitab. Maka, siapa yg saudara rasa org akan percaya? Saudara atau mereka yg mempunyai pengalaman yg sama, walaupun berada di negara yg berlainan pada masa yg berlainan. Fikirkan sendiri.


Then itulah yang saya tanyakan iaitu "apa yang saya katakan" itu apa" (rujuk bahagian yang saya gariskan dan besarkan dalam posting #6 kamu itu)? jika sebelumnya saya hanya mengemukakan pertanyaan (posting #5) dan bukannya saya mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Faham tak??

Kalau takde kesilapan, takkan org akan menyatakan ianya bermasalah termasuk saya.


Terkadang benda yang tak der masalah pun dituduh bermasalah. Contohnya org yg tak membunuh ada juga dituduh membunuh. Biasalah benda-benda macam ni berlaku disebabkan pertuduhan secara melulu.

Pelik... Bagi kami, alkitab adalah Firman Tuhan yg harus ditaati, bukan utk dirujuk. Sebab tu ke, kebykn umat saudara tak fasih bahasa arab tetapi cuma menghafal je??


Untuk mentaati firmanTuhan, maka harus kita tahu dulu apa perintah Tuhan yang perlu ditaati itu. Jika kita tak tahu apa perintah Tuhan, then macam mana kita nak taat perintahNya? Benda-benda macam tu la yang jadinya taat secara buta tuli. Tuhan suruh buat lain, tapi nanti kamu buat lain. Kan problem tu.

Al-Quran tu ada terjemahan dan tafsirannya bagi org yg tak tahu berbahasa Arab. So tiada masalah. Macam kamu apa kamu faham greek dan hebrew?

Senang je nak mengenal Tuhan. Tuhan akan menjaga umatNya dan memberikan aman damai dlm mereka. Dan Tuhan akan melakukan yg terbaik utk umatNya tanpa meminta balasan. Tetapi si iblis aka syaitan tak sama, bila sesuatu diberi, sesuatu akan diminta. Hmm... kalau konsep ini pun saudara tak tahu. Camna saudara pasti dgn apa yg saudara katakan tu.


Entah-entah yang dikenal tu bukannya tuhan tapi syaitan ata iblis. Maklum lah kenal tanpa sebarang rujukan yang bersifat pasti. Iblis aka syaitan tu, bila org tersebut dah sesat, dia tak minta apa-apa dah. Kecuali kalau org beriman, then iblis tu akan minta apa-apa supaya org beriman tu nanti akan turut perintahnya dan akhirnya sesat.

Kami tak perlu hafal apa apa ayat dlm kitab pun. Sebab, kami cuma berdoa meminta dlm nama Yesus Kristus je. Sebab dah dikatakan dlm alkitab utk berbuat demikian. Utk penyembuhan berlaku, kami tak perlukan seorg yg pakar, cuma seorg yg ikhlas dan yakin kepada Tuhan. Itu je. Sebab tu, ada kesaksian seorg budak kecil umur 5 tahun berdoa utk org gaji yg terjatuh dan terhantuk kepalanya terus disembuhkan dari sakit dlm nama Yesus. Kisah benar.


Kami pun tak perlu pakar. Pun ada dalam masyarakat Islam, sang anak berdoa kepada Allah supaya ayahnya sedar dari koma. then doanya itu termakbul, and sampai sekarang ayahnya sihat. Itu pun kisah benar.

Org beriman takkan dirasuk hantu. Yg selalu diganggu tu adalah kerana tiada pertahanan Tuhan terhadap serangan iblis. Tak tahu ke saudara?


Org yang teguh imannya, kental jiwanya, memang ditakuti oleh jin. Sebab tu jin tak berani nak rasuk. Yang dirasuk tu adalah org yang masih lemah imannya, dan tak kuat semangat. Contohnya org yang lebih takutkan jin dan hantu berbanding takutkan hari pembalasan Allah. Jenis-jenis org macam ni lah yang dirasuknya supaya imannya yang lemah tu akan terus goyah. Then org yang teguh imannya itu lah yang biasanya jadi perawat yang membantu menyembuhkan org yang dirasuk tu. Kerana keyakinan yang kuat terhadap Allah menyebabkan bantuan Allah tu turun pada mereka. Kamu tak tahu ker?

1.        ALLAH in the name of The Most Affectionate, the Merciful.
2.        All praise unto Allah, Lord of all the worlds.
3.        The most Affectionate, The Merciful.
4.        Master of the Day of Requital.
5.        We worship You alone, and beg You alone for help.
6.        Guide us in the straight path.
7.        The path of those whom You have favoured. Not of those who have earned Your anger and nor of those who have gone astray

Ini ke saudara?? Maksud saudara, saudara juga baca berulang-ulang kepada air dan air ini digunakan utk mengubati???


Air tu medium untuk mengubati. Yang mengubati adalah Allah. Contoh kamu makan ubat bila sakit. Ubat tu medium, tapi menyembuhkan adalah Allah.
Dan bacaan Al-Fatihah adalah usaha untuk menyembuhkan. Macam kamu berdoa. Justeru doa tu usaha kamu.

Hmm... tak apa tu saudara. Kami sudah menjumpai kebenaran yg dtg dari Tuhan sendiri, melalui FirmanNya. Sekiranya saudara nak bertanya sesuatu, itu boleh. Kalau saudara nak berdakwah di sini, itu tak perlu. Kami yakin dgn kepercayaan kami.

Yakobus 3:6 Lidahpun adalah api; ia merupakan suatu dunia kejahatan dan mengambil tempat di antara anggota-anggota tubuh kita sebagai sesuatu yang dapat menodai seluruh tubuh dan menyalakan roda kehidupan kita, sedang ia sendiri dinyalakan oleh api neraka.

Berhati-hati dgn apa yg saudara katakan kerana itu akan digunakan utk menghakimi saudara kelak.


Yes, kebenaran yang didasarkan pada sesuatu yang tiada kepastian. Then jika itu pilihan kamu, makanya it up to you. Tiada permasalahan apa-apa bagi saya. Kamu telah dikurniakan akal, kamu telah dipaparkan pada kebenaran. Then bersedialah untuk menjawab atas pilihan kamu itu di alam abadi kelak.

Saya dah lama berhati-hati. Dan yes kata-kata saya ini akan digunakan untuk menghakimi saya kelak yang mana ianya sebagai bukti bahawa saya telah menunaikan tanggungjawab saya untuk memaparkan apa yang palsu dan apa yang benar kepada kamu dan kelompok kristian kamu itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 06:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 26-3-2011 06:22

Reply 13# erusi2

Kalau saya tak membaca dan tak menyelidiki bible tu, tak der la temui kesilapan dan kesalahan di dalam bible tu.


Maka, beritahu buku apa yg saudara dah baca? Lagi satu, Tuhan dahpun beritahu kami yg kebenaranNya yg sama sepanjang zaman.

1 Petrus 2:9  Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib:

Rasanya saya dah jawab.


Jawab dgn logik? Yg disokong oleh Firman Tuhan? Atau alasan yg diciptakan utk menyokongnya...

Memanglah buku yang sudah tidak terhindar daripada sebarang kesalahan akan didapati bercanggah dengan buku yang masih sempurna, masih bersih dan masih terhindar daripada sebarang kesalahan. Faham tak?


Kalau bersih dan tak silap tu, takkan ada org boleh tulis 1000 kesilapan dlm buku suci saudara tu. ishk ishk ishk....

Semuanya adalah hanya pertanyaan sahaja.
Seterusnya kamu memberikan maklumbalas seperti di bawah bagi posting #5 saya itu.


Betul. Kerana sekiranya saudara rujuk alkitab. Alkitab menceritakan ttg kedatangan Yesus ratusan tahun sebelum kedtgnya. Alkitab dlm perjanjian lama dan baru ada menyatakan ttg syurga dan neraka. Dan Alkitab ada menyatakan ttg org ke syurga dan ke neraka dlm FirmanNya. Maka, tidakkah apa yg saya jawab tu memang menjawab persoalan saudara.

Terkadang benda yang tak der masalah pun dituduh bermasalah. Contohnya org yg tak membunuh ada juga dituduh membunuh. Biasalah benda-benda macam ni berlaku disebabkan pertuduhan secara melulu.


Biar saya jawab dgn Firman Tuhan.

Lukas 6:41-42; 41  Mengapakah engkau melihat selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu sendiri tidak engkau ketahui?
42  Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu: Saudara, biarlah aku mengeluarkan selumbar yang ada di dalam matamu, padahal balok yang di dalam matamu tidak engkau lihat? Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu."

Untuk mentaati firmanTuhan, maka harus kita tahu dulu apa perintah Tuhan yang perlu ditaati itu.


Betul. Maka, sudahkah saudara mematuhi Firman Tuhan yg diturunkan dlm buku Taurat dan Injil????? Kena ingat apa yg saudara sendiri katakan. Firman Tuhan adalah utk semua.

Entah-entah yang dikenal tu bukannya tuhan tapi syaitan ata iblis. Maklum lah kenal tanpa sebarang rujukan yang bersifat pasti. Iblis aka syaitan tu, bila org tersebut dah sesat, dia tak minta apa-apa dah. Kecuali kalau org beriman, then iblis tu akan minta apa-apa supaya org beriman tu nanti akan turut perintahnya dan akhirnya sesat.


Maksudnya ialah saudara tidak tahu siapa Tuhan dan siapa iblis, kan? Jadi, camna saudara pasti dgn apa yg saudara percaya? Kami pasti kerana kami mengenal musuh kami aka iblis. Dan lebih lagi mengenal Tuhan kami. Tuhan membantu membangunkan umatNya. Iblis memusnahkan. Jauh beza.

Kami pun tak perlu pakar. Pun ada dalam masyarakat Islam, sang anak berdoa kepada Allah supaya ayahnya sedar dari koma. then doanya itu termakbul, and sampai sekarang ayahnya sihat. Itu pun kisah benar.


Berdoa guna air yg dibawa dgn ayat buku suci???? Kami tidak, cuma perlu percaya.

Org yang teguh imannya, kental jiwanya, memang ditakuti oleh jin. Sebab tu jin tak berani nak rasuk. Yang dirasuk tu adalah org yang masih lemah imannya, dan tak kuat semangat.


Bagi kami, tiada jin. Semuanya roh jahat. Yg merasuk manusia adalah roh jahat. Dan roh jahat tidak dpt masuk sekiranya saudara ada Roh Kudus Tuhan.

Al-Quran tu ada terjemahan dan tafsirannya bagi org yg tak tahu berbahasa Arab. So tiada masalah. Macam kamu apa kamu faham greek dan hebrew?


Maka, terjemahan mana yg saudara gunakan?? Jikalau ada kesilapan terjemahan camna seperti yg saudara sentiasa ia-iakan dlm alkitab. Rujukan si penterjemah silap??

Dan bacaan Al-Fatihah adalah usaha untuk menyembuhkan. Macam kamu berdoa. Justeru doa tu usaha kamu.


Saya berdoa tak cara menghafal. Saya cuma mengatakan apa dlm hati dan mengaminkan dlm nama Yesus Kristus je. Berbeza tahu.

Yes, kebenaran yang didasarkan pada sesuatu yang tiada kepastian. Then jika itu pilihan kamu, makanya it up to you. Tiada permasalahan apa-apa bagi saya. Kamu telah dikurniakan akal, kamu telah dipaparkan pada kebenaran. Then bersedialah untuk menjawab atas pilihan kamu itu di alam abadi kelak.


Berbalik kepada saudara juga. Lihat kepada dunia, org tidak percaya. Rasanya mereka lebih percaya dgn org Kristian atau org saudara?

Saya dah lama berhati-hati. Dan yes kata-kata saya ini akan digunakan untuk menghakimi saya kelak yang mana ianya sebagai bukti bahawa saya telah menunaikan tanggungjawab saya untuk memaparkan apa yang palsu dan apa yang benar kepada kamu dan kelompok kristian kamu itu.


Apa yg saudara katakan adalah apa yg saudara andaikan benar. Dan bukan kebenaran yg dibawa dlm Firman Tuhan yg sama sepanjang zaman manusia. Fikirkan semula sebelum terlambat.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 26-3-2011 18:13

Reply 14# kompia23

Maka, beritahu buku apa yg saudara dah baca? Lagi satu, Tuhan dahpun beritahu kami yg kebenaranNya yg sama sepanjang zaman.

1 Petrus 2:9  Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib:
  


Setiap buku dalam bible tu.

Jika Tuhan dah bagitahu kamu, then tunjukkan autographnya untukmembuktikan bahawa bible kamu tu masih menyamai autographnya bagi membuktikan yang ada dalam bible itu adalah kebenaran Tuhan. Jika hanya mengatakan sahaja tapi takder bukti, budak tak berilmu pun mampu mengatakannya.   
Sebagai contoh, ayat 1 Petrus 2:9 itu, tunjukkan autographnya untuk membuktikan ayat 1 Petrus 2:9 yang kamu kutip dalam bible itu masih sahih dan  masih asli iaitu tidak seperti ayat-ayat Lukas 3:33, Wahyu 1:11 dan sebagainya yang telah saya paparkan itu.

Jawab dgn logik? Yg disokong oleh Firman Tuhan? Atau alasan yg diciptakan utk menyokongnya...


Jika jawapan saya tak logik, atau salah dari sudut kepercayaan Islam, then buktikan lah. Jika kamu tak mampu untuk membuktikan jawapan saya tak logik atau bersalahan dari sudut Islam sendiri, then atas alasan untuk tidak menerima jawaan saya tu?

Kalau bersih dan tak silap tu, takkan ada org boleh tulis 1000 kesilapan dlm buku suci saudara tu. ishk ishk ishk....


isk..isk..isk. Mereka tulis kononnya ada 1000 kesilapan kerana mereka tidak mahu menerima penjelasan yang telah diberi yang tidak mampu dinafikan oleh mereka sendiri.

Betul. Kerana sekiranya saudara rujuk alkitab. Alkitab menceritakan ttg kedatangan Yesus ratusan tahun sebelum kedtgnya. Alkitab dlm perjanjian lama dan baru ada menyatakan ttg syurga dan neraka. Dan Alkitab ada menyatakan ttg org ke syurga dan ke neraka dlm FirmanNya. Maka, tidakkah apa yg saya jawab tu memang menjawab persoalan saudara.


Then tunjukkan lah autographnya untuk membuktikan catatan dalam bible yang menceritakan kedatangan Jesus dan cerita tentang syurga dan neraka itu juga terdapat dalam autographnya untuk membuktikan cerita kedatangan Jesus dan syurga dan neraka yang kamu kutip dalam bible itu adalah masih sahih dan masih asli dan tidak seperti ayat Lukas 3:33 dan Wahyu 1:11 itu.
Jika hanya mengatakan sedemikian tapi buktinya takder, budak tak berilmu pun boleh berbuat sedemikian.

Biar saya jawab dgn Firman Tuhan.

Lukas 6:41-42; 41  Mengapakah engkau melihat selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu sendiri tidak engkau ketahui?
42  Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu: Saudara, biarlah aku mengeluarkan selumbar yang ada di dalam matamu, padahal balok yang di dalam matamu tidak engkau lihat? Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu."


Tunjukkan autographnya dulu untuk membuktikan ayat Lukas 6:41-41 itu masih menyamai catatan yang terdapat dalam autographnya dan tidak mengalami nasih kesalahan seperti ayat Lukas 3:33 dan wahyu 1:11 itu. Jika itu masih belum mampu dibuktikan,maka tiada gunanya mengambil ayat-ayat yang bersifat tiada kepastian itu. Kerana yang dingini adalah kepastian, bukan nya sangkaan.

Betul. Maka, sudahkah saudara mematuhi Firman Tuhan yg diturunkan dlm buku Taurat dan Injil????? Kena ingat apa yg saudara sendiri katakan. Firman Tuhan adalah utk semua.


Sudah kerana firman Tuhan yang diturunkan dalam Taurat dan Injil, juga diturunkan dalam al-Quran. Buktinya adalah dalam al-Quran menyebut, semua kitab itu adalah daripada Allah.

Maksudnya ialah saudara tidak tahu siapa Tuhan dan siapa iblis, kan? Jadi, camna saudara pasti dgn apa yg saudara percaya? Kami pasti kerana kami mengenal musuh kami aka iblis. Dan lebih lagi mengenal Tuhan kami. Tuhan membantu membangunkan umatNya. Iblis memusnahkan. Jauh beza.


Saya pasti dgn apa yg saya percaya kerana saya merujuk pada satu kitab suci yang terbukti terhindar daripada sebarang kesalahan.

Berdoa guna air yg dibawa dgn ayat buku suci???? Kami tidak, cuma perlu percaya.


Kami juga percaya. Kalau kami tak percaya, tiadalah kami buat macam tu.

Bagi kami, tiada jin. Semuanya roh jahat. Yg merasuk manusia adalah roh jahat. Dan roh jahat tidak dpt masuk sekiranya saudara ada Roh Kudus Tuhan.


Itu pendapat masing-masing. Bagi kami ada jin.
Sebenarnya dalam bible pun ada disebut jin.

Yesaya 34:12 Jin-jin akan diam di dalamnya...

Maka, terjemahan mana yg saudara gunakan?? Jikalau ada kesilapan terjemahan camna seperti yg saudara sentiasa ia-iakan dlm alkitab. Rujukan si penterjemah silap??


Mungkin agaknya kamu tak pernah tengok terjemahan Al-Quran. Di samping terjemahan dalam pelbagai bahasa, ayat dalam bahasa Arab yang asal tetap disertakan bersebelahan terjemahan tersebut. Then mudah untuk rujuk ayatnya yang asal atau bertanya pada  para alim ulama, berkenaan mana-mana ayat yang tidak faham dari segi terjemahannya. So tiada masalah. Tidak sampai terpaksa menafikan salah satu ayat demi untuk membenarkan ayat yang lain seperti yang kamu alami dalam bile itu.

Saya berdoa tak cara menghafal. Saya cuma mengatakan apa dlm hati dan mengaminkan dlm nama Yesus Kristus je. Berbeza tahu.


Saya pun berdoa tidak dengan cara menghafal. Jika saya nak berdoa minta tolong sesuatu, then doa saja guna ayat sendiri dalam bahasa sendiri. So tiada masalah apa-apa pun.

Berbalik kepada saudara juga. Lihat kepada dunia, org tidak percaya. Rasanya mereka lebih percaya dgn org Kristian atau org saudara?


Jika merea berfikir dengan baik, jujur dan benar-benar inginkan kebenaran, then mereka akan pilih Islam. Tetapi jika mereka ak berfikir, masih berminat dengan pergaulan bebas yang tiada sekatan oleh pihak berkuasa mana-mana agama, maka mereka akan memilih agama kamu.

Apa yg saudara katakan adalah apa yg saudara andaikan benar. Dan bukan kebenaran yg dibawa dlm Firman Tuhan yg sama sepanjang zaman manusia. Fikirkan semula sebelum terlambat.


No! saya ada rujukan yang bersifat pasti sebab rujukan saya masih terhindar daripada kesalahan. Then itu bukan andaian semata-mata. Itu kepastian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2011 10:15 AM | Show all posts
ayat 1 Petrus 2:9 itu, tunjukkan autographnya untuk membuktikan ayat 1 Petrus 2:9 yang kamu kutip dalam bible itu masih sahih dan  masih asli


Ada perbezaan dlm semua versi translasi seperti yg saudara dpt cari??

isk..isk. Mereka tulis kononnya ada 1000 kesilapan kerana mereka tidak mahu menerima penjelasan yang telah diberi yang tidak mampu dinafikan oleh mereka sendiri.


Betul ke tu?? kenapa begitu byk website yg tidak menyokong apa yg saudara katakan. Takpe. Kita akan bincang di forum Islam nanti.

Itu pendapat masing-masing. Bagi kami ada jin.
Sebenarnya dalam bible pun ada disebut jin.


  ISA 34:12 Her nobles will have nothing there to be called a kingdom,
    all her princes will vanish away.

Dlm translasi adalah, tapi dlm teks asal takde.

Then mudah untuk rujuk ayatnya yang asal atau bertanya pada  para alim ulama, berkenaan mana-mana ayat yang tidak faham dari segi terjemahannya. So tiada masalah. Tidak sampai terpaksa menafikan salah satu ayat demi untuk membenarkan ayat yang lain seperti yang kamu alami dalam bile itu.


Sama juga seperti kami, sekiranya kami tak faham, kami tanya kepada pemimpin gereja. Sebab tu kami tahu kenapa wujudnya semua perbezaan ini.

So tiada masalah apa-apa pun.


hmmm... bila saudara buat doa hafalan tu apa yg saudara minta. Kami tidak dibenarkan berdoa utk org yg dah mati. Kerana takdir mereka sudah ditentukan.

Jika merea berfikir dengan baik, jujur dan benar-benar inginkan kebenaran, then mereka akan pilih Islam.


Rasanya tidak saudara, Kristian akan jadi pilihan mereka kerana ia telah wujud sejak dari mula. Dan Tuhan buktikanNya sendiri.

Tetapi jika mereka ak berfikir, masih berminat dengan pergaulan bebas yang tiada sekatan oleh pihak berkuasa mana-mana agama, maka mereka akan memilih agama kamu.


Saudara sendiri pun boleh lihat dlm dunia ini. Kristian lebih mengamalkan kebebasan ke atau agama saudara?? Fikirkan. Tak payah jauh, kat negara kita sendiri je.

No! saya ada rujukan yang bersifat pasti sebab rujukan saya masih terhindar daripada kesalahan. Then itu bukan andaian semata-mata. Itu kepastian.


Insaflah sebelum terlambat. Saudara langsung tidak dpt buktikan buku saudara adalah Firman Tuhan kerana tiada sokongan dari zaman Abraham sehingga sampai sekrg.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 12:27 AM | Show all posts
Reply 16# kompia23


Ada perbezaan dlm semua versi translasi seperti yg saudara dpt cari??


ayat 1 petrus 2:9 itu takk der, tapi ayat lain ada. So tiada jaminan ayat 1 Petrus 2:9 itu tidak mengalami nasib seperti ayat lain yang terbukti salah itu.

Betul ke tu?? kenapa begitu byk website yg tidak menyokong apa yg saudara katakan. Takpe. Kita akan bincang di forum Islam nanti.


Betul. kamu tanyalah pengendali web site itu. Mereka saja yang tahu jawapannya. Yes, better kita bincang di forum Islam nanti.

ISA 34:12 Her nobles will have nothing there to be called a kingdom,
    all her princes will vanish away.

Dlm translasi adalah, tapi dlm teks asal takde.


Justeru itu masalah dalaman kristian. Saya tak mahu masuk campur.

Sama juga seperti kami, sekiranya kami tak faham, kami tanya kepada pemimpin gereja. Sebab tu kami tahu kenapa wujudnya semua perbezaan ini.


And kamu tidak memperolehi jawapan yang bersifat pasti daripada mereka berkenaan dengan perbezaan tersebut?

hmmm... bila saudara buat doa hafalan tu apa yg saudara minta. Kami tidak dibenarkan berdoa utk org yg dah mati. Kerana takdir mereka sudah ditentukan.


Memang org yang dah mati, takdir mereka telah ditentukan. Tapi tiada salahnya jika berdoa untuk mereka. Selebihnya sama ada Tuhan nak perkenankan doa utk org mati itu atau tidak adalah terpulang pada Nya. Lagi satu dalam Islam menyatakan hanya 3 perkara yang dapat terus membantu org yang telah mati.
1. Sedekah amal jariah yang telah dikeluarkan oleh org mati itu semasa hayatnya masih ada.
2. Ilmu berguna yang diajarkan nya kepada org lain semasa hayatnya.
3. Doa daripada anaknya yang soleh.

Rasanya tidak saudara, Kristian akan jadi pilihan mereka kerana ia telah wujud sejak dari mula. Dan Tuhan buktikanNya sendiri.


Terpulang jika kamu ingin beranggapan sedemikian. Tetapi saya pula beranggapan sebaliknya. So pendapat masing-masing.

Saudara sendiri pun boleh lihat dlm dunia ini. Kristian lebih mengamalkan kebebasan ke atau agama saudara?? Fikirkan. Tak payah jauh, kat negara kita sendiri je.


Ini sudah saya terangkan. Kerana kristian tidak pernah ambil tahu ttg umatnya sama ada nak tukar agama ker atau tidak, so ikut suka hati. Sebab itu tiada hukum menghukum dalam kristian. Tapi Islam sentiasa ambil tahu ttg umatnya. Kerana Islam mahukan umatnya terus berada dalam kebenaran. Dan Islam hanya mahu org yang benar-benar jujur dan ikhlas pada Islam saja untuk berada dalam agamanya. Sebab itu bila sudah berada dalam Islam, maka di larang keluar lagi dah. Sebab bila dan berada dalam kebenaran, maka kenapa nak kufur pula?
Justeru Islam mahu org itu benar-benar yakin dengan Islam sebelum mereka berada dalam Islam. Kerana Islam mahukan umat Islam yang sejati, bukannya Islam atas nama saja.

Insaflah sebelum terlambat. Saudara langsung tidak dpt buktikan buku saudara adalah Firman Tuhan kerana tiada sokongan dari zaman Abraham sehingga sampai sekrg.


Saya dah lama insaf. Jika dulu saya tidak pernah ambil berat ttg islam saya, but now saya mengkaji, menyelidiki dan ambil berat dengan Islam saya. So better kamu yang insaf sebelum terlambat. Jangan lagi beriman menurut sangkaan semata-mata. Kerana org yang benar-benar menggunakan akalnya tidak akan sanggup beriman secara buta tuli.

al-Quran adalah firman Tuhan bukannya bergantung pada pengakuan atau sokongan mana-mana individu. Al-Quran itu pasti firman Tuhan kerana tiada kesalahan di dalamnya. Ini kerana firman Tuhan itu adalah pastinya tiada kesilapan, maka sebab itulah al-Quran tidak mengandungi kesilapan di dalamnya. Kerana ia adalah firman Tuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 08:07 AM | Show all posts
ayat 1 petrus 2:9 itu takk der, tapi ayat lain ada. So tiada jaminan ayat 1 Petrus 2:9 itu tidak mengalami nasib seperti ayat lain yang terbukti salah itu.


Malaysia adalah satu negara. Perlis  adalah satu negara.

Kerana ayat perlis adalah satu negara tu silap, adakah itu bermaksud ayat Malaysia adalah satu negara tu silap??? Walaupun ini, ditulis beribu kali dlm masa yg tak sama dan semua org yg cerdik pandai tidak menidakkannya?? Saudara takde alasan utk menidakkannya sebab tu saudara berbuat sedemikian. Kena ingat, Firman Tuhan adalah kekal selamaNya bukan utk satu masa je.

Betul. kamu tanyalah pengendali web site itu. Mereka saja yang tahu jawapannya. Yes, better kita bincang di forum Islam nanti.


Baru buka sehari je dah mod tutup. Alasan dah ada thread lain dlm tu.... saudara pun boleh pergi tgk...

Justeru itu masalah dalaman kristian. Saya tak mahu masuk campur.


Itu masalah penggunaan perkataan yg sesuai je.

And kamu tidak memperolehi jawapan yang bersifat pasti daripada mereka berkenaan dengan perbezaan tersebut?


Sama seperti yg saya beritahu saudara.

Memang org yang dah mati, takdir mereka telah ditentukan. Tapi tiada salahnya jika berdoa untuk mereka.


Mereka dah mati buat apa berdoa utk mereka??? Takdir mereka pun dah ditentukan. Kenapa tak berdoa utk org yg masih hidup?

Terpulang jika kamu ingin beranggapan sedemikian. Tetapi saya pula beranggapan sebaliknya. So pendapat masing-masing.


Bukan saya beranggapan sedemikian. Dah dikatakan dlm alktiab aka Firman Tuhan.

Mazmur 105:6  hai anak cucu Abraham, hamba-Nya, hai anak-anak Yakub, orang-orang pilihan-Nya!

2 Timotius 2:10  Karena itu aku sabar menanggung semuanya itu bagi orang-orang pilihan Allah, supaya mereka juga mendapat keselamatan dalam Kristus Yesus dengan kemuliaan yang kekal.

Ini sudah saya terangkan. Kerana kristian tidak pernah ambil tahu ttg umatnya sama ada nak tukar agama ker atau tidak, so ikut suka hati. Sebab itu tiada hukum menghukum dalam kristian. Tapi Islam sentiasa ambil tahu ttg umatnya.


Bukan tak prihatin. Tetapi setiap org ada pilihan mereka sendiri dan mereka akan bertanggungjawab ke atas keputusan mereka sendiri. Saudara boleh jadi Kristian tapi jika hati saudara bukan. Maka, sebenarnya saudara bukan. Ini sebabnya kami benarkan sesiapapun memilih.

Roma 2:16  Hal itu akan nampak pada hari, bilamana Allah, sesuai dengan Injil yang kuberitakan, akan menghakimi segala sesuatu yang tersembunyi dalam hati manusia, oleh Kristus Yesus.

Roma 8:27  Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.

Memaksa org menganuti satu kepercayaan itu tiada gunanya.

Kerana Islam mahukan umat Islam yang sejati, bukannya Islam atas nama saja.


Sekiranya sedemikian, kenapa pula nak paksa org terus dlm kepercayaan saudara sekiranya mereka memilih utk keluar. Kenapa tidak benarkan kami menginjili umat saudara?

So better kamu yang insaf sebelum terlambat. Jangan lagi beriman menurut sangkaan semata-mata. Kerana org yang benar-benar menggunakan akalnya tidak akan sanggup beriman secara buta tuli.


Bagi saya, saya dah menjumpai penyelamat saya iaitu Tuhan saya begitu mengasihi saya sehingga sanggup turun ke bumi sebagai manusia dan mati utk dosa saya. Dan kerana Dia, saya dpt pergi ke syurga kerana kasih karuniaNya bukan kerana apa yg saya buat.

Eph 2:8-9; 8  Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, 9  itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.

al-Quran adalah firman Tuhan bukannya bergantung pada pengakuan atau sokongan mana-mana individu. Al-Quran itu pasti firman Tuhan kerana tiada kesalahan di dalamnya.


Bagi saya, ia bukan kerana ia tidak disokong oleh alkitab dan ajaran Taurat org Israel.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 06:19 PM | Show all posts
Reply 18# kompia23


   
Malaysia adalah satu negara. Perlis adalah satu negara.

Kerana ayat perlis adalah satu negara tu silap, adakah itu bermaksud ayat Malaysia adalah satu negara tu silap??? Walaupun ini, ditulis beribu kali dlm masa yg tak sama dan semua org yg cerdik pandai tidak menidakkannya?? Saudara takde alasan utk menidakkannya sebab tu saudara berbuat sedemikian. Kena ingat, Firman Tuhan adalah kekal selamaNya bukan utk satu masa je.


Perli adalah satu negeri, bukannya negara. Kamu silap taip.

Saya tidak katakan kerana ayat Perlis terbukti silap maka satu negara Malaysia itu silap. Tapi saya katakan kerana ayat Perlis terbukti silap, menyebabkan satu negara Malaysia itu berstatus tiada kepastian. Kerana kita tak tahu mana lagi ayat dalam Malaysia tu silap. Mungkin ayat Pahang pun macam ayat Perlis. Mungkin tidak. So kita tak tahu. Justeru satu negara tak pasti. So nak pastikannya adalah kita kena rujuk autograph negara Malaysia tu. Tapi bila autograph negara Malaysia ti dahhilang, then negara Malaysia tu sampai bile-bila tinggal sebagai satu dokumen yang tak pasti.

Firman tuhan tu kekal selama-lamanya. Disebabkan ayat perlis terbukti silap, then ayat perlis tu bukan lagi firman Tuhan. So terbukti ada ayat dalam negara Malaysia tu yg bukan firman Tuhan. so kita tak tahu mana lagi yg bukan firman Tuhan. Sebab tu tak pasti.

Baru buka sehari je dah mod tutup. Alasan dah ada thread lain dlm tu.... saudara pun boleh pergi tgk...


Yes. memang benar. Then cuba forum ni
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums

Sama seperti yg saya beritahu saudara.


Maknanya pemimpin gereja pun hanya mampu memberikan jawapan berdasarkan sangkaan, bukannya kepastian.

Mereka dah mati buat apa berdoa utk mereka??? Takdir mereka pun dah ditentukan. Kenapa tak berdoa utk org yg masih hidup?


Berdoa untuk org mati sebagai satu usaha untuk membantu mereka di alam barzah walaupun takdir mereka telah ditentukan. Memperkenan atau tidak adalah bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Jika takdir mereka sudah ditentukan, namun Allah ingin memperkenankan doa tersebut maka faedahnya dapat juga diterima oleh org mati itu  dengan izin Tuhan.
Untuk org hidup pun ada didoakan juga.

Bukan saya beranggapan sedemikian. Dah dikatakan dlm alktiab aka Firman Tuhan.


Sebab tu saya tak beranggapan sedemikian kerana saya tak percaya pada sesuatu yang sudah salah dan tak pasti.
Justeru ada baiknya kamu pastikan dulu bible kamu tu.

Bukan tak prihatin. Tetapi setiap org ada pilihan mereka sendiri dan mereka akan bertanggungjawab ke atas keputusan mereka sendiri. Saudara boleh jadi Kristian tapi jika hati saudara bukan. Maka, sebenarnya saudara bukan. Ini sebabnya kami benarkan sesiapapun memilih.


Yes, sebab tak prihatinlah menyebabkan masyarakat kristian hanya membiarkan saja org-org kristian membuat pilihan mereka sendiri. Seharusnya kena juga ambil tahu, beri pendapat, beri pedoman, beri tunjuk ajar, beri nasihat dan beri pencegahan jika perlu jika pilihannya itu kelak akan membinasakan dirinya sendiri.

Memaksa org menganuti satu kepercayaan itu tiada gunanya.


Islam tidak pernah memaksa org lain untuk masuk dalam Islam. Tetapi bila sudah dalam Islam maka kenapa nak keluar baik?

Sekiranya sedemikian, kenapa pula nak paksa org terus dlm kepercayaan saudara sekiranya mereka memilih utk keluar. Kenapa tidak benarkan kami menginjili umat saudara?


Kerana tidak mahu pilihannya itu kelak akan membinasakan dirinya sendiri. Sebagai contohnya jika anak kamu ingin menghisap dadah, apakah kamu biarkan saja dia berbuat sedemikian?

Persoalannya kalau dah masuk Islam, maka kenapa nak keluar?

Bagi saya, saya dah menjumpai penyelamat saya iaitu Tuhan saya begitu mengasihi saya sehingga sanggup turun ke bumi sebagai manusia dan mati utk dosa saya. Dan kerana Dia, saya dpt pergi ke syurga kerana kasih karuniaNya bukan kerana apa yg saya buat.


Yes, berdasarkan bible. Maka itu hakikatnya apa yang kamu jumpai itu tiada kepastian ianya Tuhan, kerana kamu bersumberkan sesuatu yang tak pasti.

Bagi saya, ia bukan kerana ia tidak disokong oleh alkitab dan ajaran Taurat org Israel.


Tapi kamu tidak mampu memberikan bukti jika tiada sokongan Israel atau kristian, maka Al-Quran pasti salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 06:49 AM | Show all posts
Perlis adalah satu negeri, bukannya negara. Kamu silap taip.


Tahupun saya salah taip. Maka, hakikatnya Perlis memang satu negeri. Tetapi bagi seorg yg tidak mengenali Perlis. Dia akan nampak dua versi, satu katakan negara dan satu katakan negeri. Maka, salah satu pasti betul. Seperti dlm ayat yg saudara sarankan tu.

Akan tetapi negara Malaysia tu betul. Maka kesilapan dgn Perlis, tidak menidakkan negara Malaysia. Maka, dua versi yg wujud dlm alkitab translasi berlainan, tidak menidakkan ayat yg lain.

So nak pastikannya adalah kita kena rujuk autograph negara Malaysia tu. Tapi bila autograph negara Malaysia ti dahhilang, then negara Malaysia tu sampai bile-bila tinggal sebagai satu dokumen yang tak pasti.


Pelik benar saudara ni, bila yg asal hilang. Kita rujuk yg lain. Cth kat negara Indonesia, kat Thailand... dan dari sana kita tahu Malaysia adalah negara. Itu fakta bukan sangkaan. Sama juga dgn alkitab. Sejarah, geografi, catitan kuno menyokong alkitab, takde pun yg bercanggah. Maka, alkitab adalah pasti. Tidak seperti yg dikatakan saudara.

Yes. memang benar. Then cuba forum ni
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums


Hello saudara, tak payah pergi jauh, kita pergi ke forum interfaith yg ada dlm CARI ini. Memadai...

Maknanya pemimpin gereja pun hanya mampu memberikan jawapan berdasarkan sangkaan, bukannya kepastian.


Buktikan dulu dakwaan saudara tu dulu.

Berdoa untuk org mati sebagai satu usaha untuk membantu mereka di alam barzah walaupun takdir mereka telah ditentukan.


Takdir dah ditentukan, camna nak ubah.... Lagipun, bagi saya, sekiranya saudara sentiasa mengingati org yg dah mati, saudara akan terikat dgn si dia. Dan si iblis akan gunakan peluang ini utk mempengaruhi saudara dari segi emosi dan juga pemikiran saudara. Kerana itu, baik saudara doakan utk yg masih hidup yg berpeluang lagi berbanding dgn yg dah mati.

namun Allah ingin memperkenankan doa tersebut maka faedahnya dapat juga diterima oleh org mati itu  dengan izin Tuhan.


Apa yg ditetapkan sudah dlm alam roh tidak akan diubah. Sebab tu, Abraham katakan...

Lukas 16:25-26; 25  Tetapi Abraham berkata: Anak, ingatlah, bahwa engkau telah menerima segala yang baik sewaktu hidupmu, sedangkan Lazarus segala yang buruk. Sekarang ia mendapat hiburan dan engkau sangat menderita. 26  Selain dari pada itu di antara kami dan engkau terbentang jurang yang tak terseberangi, supaya mereka yang mau pergi dari sini kepadamu ataupun mereka yang mau datang dari situ kepada kami tidak dapat menyeberang.

Sebab tu saya tak beranggapan sedemikian kerana saya tak percaya pada sesuatu yang sudah salah dan tak pasti.


Yg sudah saudara buktikan sehingga kini???


Yes, sebab tak prihatinlah menyebabkan masyarakat kristian hanya membiarkan saja org-org kristian membuat pilihan mereka sendiri. Seharusnya kena juga ambil tahu, beri pendapat, beri pedoman, beri tunjuk ajar, beri nasihat dan beri pencegahan jika perlu jika pilihannya itu kelak akan membinasakan dirinya sendiri.


Memaksa org terima kepercayaan saudara tiada gunanya. Lihat je kat Malaysia pun. jikalau saudara memaksa seseorg membuat pilihan maka perkara tersebut juga akan dipertanggungjawabkan ke atas saudara.

Matius 18:6  "Tetapi barangsiapa menyesatkan salah satu dari anak-anak kecil ini yang percaya kepada-Ku, lebih baik baginya jika sebuah batu kilangan diikatkan pada lehernya lalu ia ditenggelamkan ke dalam laut.

Islam tidak pernah memaksa org lain untuk masuk dalam Islam. Tetapi bila sudah dalam Islam maka kenapa nak keluar baik?


Sebab didapati tidak benar dan tidak bersesuaian dgn diri mereka. Tetapi mereka menghadapi kesukaran keluar kerana undang2 yg ketat yg tidak memberikan pilihan. Kes Lina Joy pun saudara boleh nampak.

Kerana tidak mahu pilihannya itu kelak akan membinasakan dirinya sendiri. Sebagai contohnya jika anak kamu ingin menghisap dadah, apakah kamu biarkan saja dia berbuat sedemikian?


Menghisap dadah tu semua org tahu tu salah. Tetapi dlm bab kepercayaan ini tidak sama. Saya katakan ajaran Kristian betul bukan kerana saya dipaksa terima Kristian oleh ibubapa. Saya menerimanya atas kerelaan saya sendiri. Pilihan saya. Tetapi kita boleh lihat, byk negara arab termasuk Malaysia mengamalkan sistem perundangan menghukum  org yg mahu keluar dari kepercayaan saudara tu. Itu paksaan bukan kerelaan.

Tapi kamu tidak mampu memberikan bukti jika tiada sokongan Israel atau kristian, maka Al-Quran pasti salah.


Yg saya pasti, kedua-dua umat pilihan Tuhan tidak menerima kepercayaan saudara tu.

1 Yoh 4:2-3;   Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, 3  dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.

Sekian.

Sekian.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197367 Replies : 4562
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.089789 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list