CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 0

[Kelantan] Susah senang bersama

[Copy link]
Post time 9-11-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

SYAZWANIE sanggup meredah belantara tebal dan lumpur selut bersama Haqqi untuk ke SK Bihai, GuaMusang.

Gua Musang: Demi cinta, lautan api sanggup direnangi. Ungkapan itu dibuktikan Noor Syazwanie Mohamad, 26, yang sanggup meredah belantara tebal dan lumpur selut semata-mata untuk bersama suaminya, Muhammad Haqqi Annazili Rusdi, 29.

Semua itu dilakukan bagi membuktikan rasa kasih selain tuntutan tugas sebagai pembantu operasi dan pembantu pengurusan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai, Gua Musang, terletak di pedalaman Kelantan.

Perjalanan sejauh 40 kilometer perlu ditempuh mereka untuk sampai ke sekolah berkenaan dengan menaiki motosikal scrambler.

Haqqi yang bertugas sebagai pembantu operasi sekolah berkata, laluan yang dilalui untuk ke sekolah sangat mencabar kerana turut dihuni ular, harimau dan gajah liar.



"Kami akan keluar bersama-sama menaiki motosikal untuk menuju ke sekolah di pedalaman ini. Perjalanan sangat jauh kerana ia mengambil masa sehingga satu jam setengah dari jalan utama.

"Jika ada program di sekolah terletak di perkampungan lain, kami akan berusaha menuju lokasi yang ada antaranya terletak 10 kilometer sehingga 40 kilometer antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, meskipun sudah lebih empat tahun berkhidmat di SK Bihai, dia mahu terus bekerja di kawasan itu walaupun terpaksa menempuh perjalanan sukar.

"Seminggu sekali kami pulang ke kampung di Bachok, sebelum pulang semula ke kuarters kami di kawasan pedalaman ini.

"Biasanya kami naik kereta dari kampung di Bachok sebelum tukar pakaian dan menaiki motosikal," katanya.

Sementara itu, Syazwanie yang sudah berkhidmat tiga tahun sebagai pembantu pengurusan murid sekolah berkata, kenangan paling sukar dilupakan apabila dia dan suami terjatuh ke dalam lumpur semasa membonceng motosikal untuk menghadiri program luar.

"Kami amat berhati-hati ketika melalui kawasan itu. Namun kami tetap terjatuh kerana laluan tidak rata dan dipenuhi lumpur.

"Namun saya gembira kerana itu pengalaman berharga buat saya dan suami ketika bertugas di sini," katanya.

Menurutnya, meskipun bekerja di kawasan pedalaman, dia tetap bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan mahu sentiasa berada bersama.

"Dari sudut positif, bekerja di lokasi sama jauh di dalam hutan ini membolehkan kami berkongsi masalah sama walaupun banyak cabaran perlu dilalui," katanya.

Menurutnya, cabaran bertugas di pedalaman langsung tidak memberi kesan pada hubungan mereka, malah lebih merapatkan hubungan.

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat di TikTok memaparkan pasangan terbabit menaiki motosikal merentasi kawasan berselut untuk sampai ke sekolah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usah-senang-bersama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.122069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list