CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2025|Reply: 0

[Selangor] Tiada hujan, tiba-tiba banjir - Penduduk Bukit Changgang

[Copy link]
Post time 9-11-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN banjir di Kampung Bukit Changgang. FOTO Bernama

Banting: Penduduk Kampung Bukit Changgang di sini bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.

Suri rumah Hayati Daud, 60, berkata ketika berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang tengah hari tadi, air yang memasuki rumahnya berada pada paras sekitar 0.4 meter.

Beliau berkata air bah itu mulai meningkat sejak 6 pagi dan paras air dilihat terus naik pada sebelah petang ini.

"Melihat keadaan itu, mak cik dan suami serta anak terus berkemas dan meletakkan barang-barang di bahagian tinggi serta berpindah ke PPS terdekat. "Ini bukan pengalaman pertama, kami pernah kena lebih teruk banjir besar 2021, ia betul-betul menakutkan kerana waktu itu kami perlu meredah banjir tengah malam untuk selamatkan diri.



"Dalam rumah mak cik juga ada empat kanak-kanak di samping keadaan suami yang tidak sihat, kami juga risau jika ada haiwan berbisa atau apa-apa.

"Cuma banjir kali ini sedikit pelik, tiada hujan tetapi (paras) air naik," katanya ketika ditemui pemberita di PPS berkenaan.

Hayati turut menceritakan keadaan kawasan tempat tinggalnya itu seakan terkepung setiap kali banjir melanda, malah sebelum ini khidmat bomba digunakan bagi mengeluarkan air yang bertakung itu.

Sementara itu Muhammad Firdanish Din, 17, pula memberitahu bahagian dapur dan perkarangan rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.

"Pukul 1 pagi semalam air memang sudah naik di kawasan laman rumah, tidak sangka pagi ini paras air terus tinggi.

"Cuaca cerah pada sebelah siang (semalam) kecuali 7 malam tadi, hujan selama sejam.

"Petang ini air terus naik sehingga melepasi paras peha. Bahagian dapur dan belakang rumah sudah tenggelam. Mujur ruang tamu dan bilik berada di bahagian atas," katanya yang akan berpindah ke PPS sekiranya keadaan semakin buruk.

Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Bukit Changgang mendapati limpahan air berlaku di beberapa kawasan antaranya Jalan Tembaga, Perak Kiri, Emas Kiri dan Intan Kiri selain, penempatan yang berdekatan dengan parit.

Beberapa penduduk mendakwa kejadian limpahan air dari lombong dan sungai menyebabkan kawasan-kawasan berhampiran yang lebih rendah ditenggelami air walaupun hujan tidak begitu lebat sejak dua hari lepas.

Setakat ini 75 mangsa daripada 18 keluarga telah berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duk-bukit-changgang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.239652 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list