CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 0

[Perak] Ular sawa kenyang baham anak lembu

[Copy link]
Post time 9-11-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

ULAR sawa yang membaham anak lembu ditangkap pihak APM Kerian. FOTO Ihsan APM

Bagan Serai: Penduduk Alor Pongsu serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di sini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa yang kekenyangan setelah menelan seekor anak lembu, di ladang sawit Kampung Selekoh di sini, semalam.

Ular sawa dikatakan sepanjang lebih lima meter dan berat melebihi 50 kilogram itu ditemukan pekerja ladang yang melihat ular itu yang dipercayai kekenyangan di dalam parit ladang itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pada 11.21 pagi, pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat yang memaklumkan penemuan haiwan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota segera ke lokasi kejadian dan menemukan seekor ular sawa di dalam parit di ladang sawit berkenaan.



"Anggota segera bertindak menangkap ular itu menggunakan peralatan khas dan kemudiannya membawanya pulang ke pejabat sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Kerian untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, operasi berkenaan selesai pada 2 petang.

Kampung Selekoh antara kampung yang kini sedang dilanda banjir di kawasan Alor Pongsu dengan dua PPS dibuka sejak dua minggu lalu.

Dua PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan SK Alor Pongsu yang kini menempatkan 154 mangsa daripada 43 keluarga.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-baham-anak-lembu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.036202 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list