View: 3651|Reply: 0
|
[Terengganu]
Banjir: 65 pemborong, peruncit di Kelantan pastikan bekalan makanan mencukupi
[Copy link]
|
|
Azman bersama Pengurus Pacific Hypermarket Sdn Bhd, Chua Hock Soon meninjau bekalan terkawal ketika Pelancaran Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Pasar raya Pasific KB Mall di sini, hari ini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR.
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melantik 65 pemborong dan peruncit terpilih di setiap daerah bagi memastikan keperluan asas mencukupi dalam tempoh banjir.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, semua pemborong dan peruncit yang dilantik itu dibenarkan menambah had simpanan bekalan barang kawalan melebihi 30 peratus kuantiti daripada had simpanan sedia ada dalam lesen asal dalam tempoh bencana itu.
"Pemborong serta peruncit barang kawalan dan keperluan asas yang dilantik ini adalah pemegang mini stok dan mereka hendaklah memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
"Dalam Pelan Kontigensi ditetapkan, pemborong serta peruncit ini dibenarkan menambah had simpanan bekalan barang kawalan melebihi 30 peratus kuantiti daripada had simpanan sedia ada dalam tempoh musim tengkujuh sehingga Mac depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Azman berkata, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, pemborong, pengimport, persatuan dan agensi kerajaan yang berkaitan menerusi mesyuarat bersama sebagai persediaan menghadapi banjir.
Beliau berkata, KPDN juga akan mengaktifkan bilik gerakan mereka bermula jam 8 pagi hingga 10 malam untuk menerima aduan berkaitan bekalan barangan asas dan keperluan harian sepanjang musim banjir.
"Pengguna juga boleh membuat aduan jika terdapat peniaga yang menyorok, enggan menjual dan menyeleweng serta menjual melebihi harga maksimum dan siasatan akan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Pengguna tidak perlu resah dengan membuat pembelian panik kerana barang kawalan asas sentiasa mencukupi dan peniaga juga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan masing-masing," katanya.
Terdahulu beliau hadir dalam sesi tinjauan mesra (Walkabout) bagi pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Pasa Raya Pacific KB Mall di sini.
Azman berkata, sebanyak lapan jenis barangan disenaraikan di bawah barang kawalan untuk skim itu di peringkat Kelantan antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili dan kacang dal.
"Seramai 145 pegawai penguatkuasa dan 86 pegawai pemantau harga akan membuat pemantauan serta pemeriksaan di premis terpilih untuk memastikan peraturan dipatuhi penjual," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kan-bekalan-makanan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|