CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 10

[Politik] Apa sebenarnya fungsi Akta Anti Lompat Parti? Semoga ada sinar di hujung terowong bagi memastikan situasi yang mengelirukan masyarakat berbilang kaum terjawab

[Copy link]
Post time 11-11-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


FUNGSI sebenar penggubalan Akta Anti Lompat Parti menjadi persoalan orang ramai mengenai fungsi sebenar akta berkenaan selepas beberapa ahli Parlimen pembangkang ‘beralih arah’ menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun empat ahli Parlimen tersebut mendakwa sokongan itu demi peruntukan dan bukan berpindah parti, namun situasi tersebut mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi apabila mereka memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Selain itu, timbul juga persoalan lain apakah manfaat yang mereka terima selepas memberi sokongan selain peruntukan. Adakah sebarang usul atau projek akan mudah diluluskan?

Bagaimanapun, menurut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan empat ahli Parlimen pembangkang itu dilihat sebagai satu versi baharu ‘lompat parti’.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu juga sudah meramalkan trend tersebut akan berlaku dan pernah memberi amaran kepada Jemaah Menteri mengenai perkara tersebut sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas ahli Parlimen Santubong itu, amaran disampaikan ketika beliau membentangkan draf penggubalan Rang Undang-undang (RUU) berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Larangan Wakil Rakyat Lompat Parti dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 April 2022.

“Ketika itu saya sudah mengenal pasti setiap kelompangan yang mungkin wujud dalam draf berkenaan berdasarkan kajian intensif saya terhadap pelaksanaan akta lebih kurang sama diamalkan di Britain, India, New Zealand dan Singapura,” katanya.

Antara kemungkinan tersebut ialah mana-mana ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap blok berlawanan di dalam sidang Dewan Rakyat meskipun tidak keluar parti.

Susulan itu, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan agar Akta Lompat Parti diteliti semula kerana terdapat kelemahan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa situasi kini ibarat tamparan buat Bersatu kerana menolak menolak usul yang dikemukakan Wan Junaidi.

Usul itu menyatakan peruntukan RUU tersebut bagi mengisytiharkan pengosongan kerusi jika seorang ahli Parlimen bertentangan pendirian atau melanggar prinsip parti di Dewan Rakyat.

Justeru, gesaan yang dibuat sekarang dianggap terlambat namun untuk tempoh jangka panjang ia perlu ditambah baik supaya perkara berkenaan tidak berulang lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/634061/suara-sinar/analisis-sinar/apa-sebenarnya-fungsi-akta-anti-lompat-parti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Meskipun empat ahli Parlimen tersebut mendakwa sokongan itu demi peruntukan dan bukan berpindah parti, namun situasi tersebut mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi apabila mereka memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat…
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat akta baru.....mana2 mp yg mensokong parti lain dikenakan hukum sebat 3 x dihadapan kaw pilihanraya yg dia menang haritu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:51 PM | Show all posts
Menyatakan sokong bukan bermaksud lompat parti...

Boleh jadi pembangkang dah nampak memang DS Anwar Ibrahim berwibawa memacu ekonomi dan keamanan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak bagi lompat parti bukannya lompat sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lompat gak kena kosongkan kerusi. Ingatkan dah nak tukar kerajaan bagai didendangkan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sokongan itu semata-mata untuk dapat peruntukan, maknanya betullah kerajaan tidak bagi peruntukan untuk pembangkang. Maka betullah kata orang Kelantan, negeri Kelantan dianaktirikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lompat versi baru? Hahaha

Byk sgt katak, lompat pun boleh ada berbagai versi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 11-11-2023 07:16 PM
Kalau sokongan itu semata-mata untuk dapat peruntukan, maknanya betullah kerajaan tidak bagi peruntu ...

Yg tak diberi, peruntukan ahli parlimen. Peruntukan pembangunan masih dibagi.

Peruntukan ahli parlimen ni tiada dalam akta. Cuma praktisnya sejak zaman Tun M jadi PM4 hingga PM6, hanya ahli parlimen kerajaan shj yg dapat. MP pembangkang yilek.

Bila Tun dilantik jd PM7, baru peruntukan utk MP pembangkang turut diberi. Tp lepas langkah sheraton, Yiddin naik jadi PM8, peruntukan utk MP pembangkang ditarik semula. MP PAS yg sebelum ni pernah merasa tidak dapat peruntukan, tiba2 bersetuju dgn cara Yiddin tu. Yiddin guna peruntukan ni utk tarik sokongan MP supaya lompat parti. Then bila Mail naik jadi PM9, dia tawarkan peruntukan kpd MP pembangkang, dgn syarat kena sign mou sokong kerajaan dia. PH sign, tapi Pejuang x sign. So MP PH dpt peruntukan, MP Pejuang, yillek.

Now bila PMX naik, dia nak buat style PM9 la. Tapi Yiddin sombong. Konon2 dia cukup jumlah. Last2, MP dia beralih sokongan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:05 PM | Show all posts
Apoo replied at 11-11-2023 09:13 PM
Yg tak diberi, peruntukan ahli parlimen. Peruntukan pembangunan masih dibagi.

Peruntukan ahli pa ...

Ooo baru i faham isu ni. Tima kasih bagi pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 11-11-2023 10:46 PM

UMPAMA:
Nyatakan sokongan(jer)...itu TERlanjur.Lompat parti...itu... berZINA.......gitew.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.317572 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list