View: 961|Reply: 0
|
Liverpool 2.0 perlu lebih agresif - Klopp
[Copy link]
|
|
Liverpool 2.0 perlu lebih agresif - Klopp
Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher gagal menyelamatkan percubaan penyerang Toulouse, Aron Leonard Donnum (tidak kelihatan) pada aksi Liga Europa di Stade de Toulouse awal pagi semalam. – Foto AFP
LONDON: Jurgen Klopp berkata Liverpool perlu 'pantas belajar' jika mereka mahu terus bersaing dan disanjung selepas pasukannya seri dan kalah dalam kunjungan ke Luton dan Toulouse minggu ini.
The Reds didominasi lawan di Perancis semalam ketika Toulouse meraih satu daripada kemenangan manis dalam sejarah mereka dan memaksa Liverpool bekerja keras untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Europa.
Klopp berkata, Liverpool tidak terlalu agresif dan bergelut untuk menangani suasana gegak-gempita di Kenilworth Road dan Stade de Toulouse, dengan pengendali dari Jerman itu mengecam pemain pertahanannya dan berkata mereka perlu menggunakan ia sebagai proses pembelajaran.
Apabila ditanya jika kekalahan itu satu peringatan buat mereka, Klopp berkata: "Ya, sudah tentu kami perlu bertindak balas. Kami benar-benar perlu bertahan dengan lebih baik. Kami mempunyai situasi satu lawan empat orang dan mereka memenangi bola dan menjaringkan gol.
"Kami tidak boleh ada situasi satu lawan satu dengan tiga lagi hanya memerhati. Itulah yang perlu kami ubah. Kami boleh menjadi pasukan yang amat bagus, kami sudah membuktikannya, kami boleh. Tetapi saya mahukannya sekarang.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pemainnya belajar dengan pantas selepas seri dan kalah dengan Luton, Toulouse. – Foto AFP
"Kami tidak boleh membiarkan apa yang berlaku di Toulouse. Kami tidak terlalu agresif. Jika kami fikir kami memerlukan Anfield, Brentford akan datang dan mereka pastinya bermain dengan corak fizikal... kami perlu bersedia.
"Saya mahu kami untuk belajar daripada situasi ini. Kami boleh kalah satu perlawanan. Tetapi kami perlu menggunakannya untuk belajar perkara yang betul."
The Reds dipuji musim ini bagi pasukan yang dilabel 'Liverpool 2.0' ketika anak buah Klopp bermula positif tetapi jelas pengurus itu perlu menangani beberapa perkara yang masih membelenggu pasukannya.
Kelab pertengahan liga Perancis, Toulouse mendedahkan kelompongan di benteng pertahanan mereka manakala bahagian serangan mereka kurang menyengat.
"Saya harap kami boleh belajar dengan pantas," kata Klopp.
"Secara umum kami berada dalam situasi positif dan penting untuk belajar menanganinya. Ada banyak pujian dan komen, saya gembira dengannya, namun pada ketika ini anda perlu berada di puncak prestasi." – AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... lebih-agresif-klopp
|
|
|
|
|
|
|
| |
|