CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1052|Reply: 0

[Terengganu] Kanak-kanak lemas ketika mandi pantai

[Copy link]
Post time 11-11-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Chukai: Seorang kanak-kanak ditemukan lemas ketika mandi bersama seorang rakannya dalam kejadian di Pantai Tapin Kemasik, dekat sini, petang tadi.

Mayat Muhammad Ammar Azwan Azan, 8, ditemui seorang pengunjung, Marzuki Mahat,37, yang secara kebetulan berada di kawasan itu, kira-kira jam 5.21 petang.

Marzuki berkata, mangsa mandi di kawasan berbatu di pantai itu bersama seorang rakannya kira-kira jam 4 petang.

"Saya ketika itu sedang berehat bersama keluarga di dalam kereta sebelum didatangi rakan mangsa yang berusia 9 tahun dalam keadaan cemas.


"Dia beritahu rakannya lemas dan terjatuh ke kawasan berbatu. Saya bergegas ke tepi pantai itu dan mendapati selipar mangsa ada berhampiran basikal kanak-kanak itu," katanya.

Katanya, dia kemudiannya menghubungi pihak polis sebelum terjun ke dalam laut untuk mencari mangsa.

"Jarak mangsa terjatuh kira-kira 17 meter dari persisir pantai dan saya menyelam mencari mangsa selama 15 minit di sekitar kawasan itu namun gagal.

"Saya kemudiannya turun menyelam buat kali kedua dan tidak sampai lima minit saya nampak objek terapung dan mendapati itu mayat mangsa yang berpakaian baju hitam," katanya.

Katanya, dia kemudiannya mengusung mangsa naik ke daratan dan cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) namun gagal menunjukkan perkembangan positif.

"Masa buat CPR banyak air keluar dari mulutnya dan beberapa kali memeriksa nadinya langsung tidak berdenyut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya menasihati kepada orang ramai terutamanya pengunjung pantai supaya tidak mandi berikutan sekarang ini memasuki fasa Monsun Timur Laut yang keadaan lautnya yang sudah bergelora.


Mayat Muhammad Ammar Azwan Azan, yang ditemui lemas dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketika-mandi-pantai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 1.022469 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list