Tadi aku cuba search pasal UFO kat Cari ni, tapi takde yg berkaitan..
Tak penah dibincangkan lagi ke pasal kenampakan UFO oleh org malaya kat sini?
mai aku citer sket pengalaman "close encounters of the third kind" ni..
aku ni sejak budak2 lagi suka baca buku2 yang pelik2..
dulu masa hujung tahun 1980an, time ni aku masih sekolah rendah..
aku akan duduk lepak sorang2 kat library kajang every weekend..
antara buku kegemaran aku masa tu, buku pasai UFO..
takde sape pun yg menggalakkan or cerita pasai UFO ni kat aku, aku tahu2 sendiri..
semangat siap pinjam bawak balik rumah..
dalam buku tu ada tunjuk dan bezakan gambar2 yang benar dan yang palsu..
ada perbezaan UFO dari zaman kuno, UFO Nazi dan zaman moden..
buku tu semua dalam bahasa melayu..
tapi bila dah naik sekolah menengah, aku dah kureng sket nak baca buku pasai UFO ni..
nak di jadikan cerita, pada pertengahan tahun 1990an..
pada suatu malam, taman perumahan aku black out (area sungai ramal)..
di sebabkan panas dalam rumah, so aku dengan adik laki aku dok lepak kat tembok luar rumah..
tengah dok lepak2 tu, aku pun pandang sekeliling,.. keadaan sekeliling gelap n sunyi..
aku n adik aku jer dok kat luar umah time tu, takde org lain..
n then, aku pun pandang ke atas.. betol2 atas kepala aku..
tiba-tiba... aku nampak cahaya berwarna warni di langit, jarak nyer bersaiz duit lima sen..
bukan satu UFO jer yg aku nampak time tu.. tapi BERPULUH-PULUH !
ada macam2 kaler - biru, merah, kuning, ungu n lelain lagi..
semua nya berpasangan, formation dalam bentuk lingkaran tak tetap, dan dalam keadaan STATIK !
aku tengok macam biasa, takde rasa apa2.. kecuali tertanya2, apa benda kat atas tu..
n then aku tunjuk kat adik aku.. dia pun senyap tak kata apa2..
time tu mana ada kamera, kalo tak dah lama aku snap simpan buat koleksi..
lama jugak aku tengok benda ni masih statik dan tak gerak2..
di sebab aku dah lama kat luar n bosan, aku pun masuk dalam rumah macam takde apa2..
kat mak bapak aku pun takde nak cerita.. cuma aku n adik aku jer yg tahu..
tak lama lepas tu, elektrik pun ada balik.. n aku pun takde la nak tinjau balik "lampu2" tu semua..
persoalan nya, apa yg aku nampak tu? UFO ker? kenapa dia statik? kenapa ada banyak n macam2 kaler?
lagi, ada kena mengena ker black out di taman perumahan aku hari tu dengan kemunculan UFO?
lagi, apa di buatnya UFO kat taman perumahan aku ni?
itu la pengalaman yg melekat dalam kepala aku sampai sekarang..
aku pernah citer benda ni kat beberapa orang jer, parent aku sampai skang pun tak tau..
maleh nak citer, bukan percaya pun, hehe..
bila dah besau ni, bila baca kisah2 UFO..
teringat dengan pengalaman aku malam tu.. memang best..
tapi kalo dapat naik, lagi best..
kalo sapa2 ada pengalaman "close encounter" dengan UFO, mai ler share..
hebat tul laa TT nie...pernah nampak ufo. bukan semua manusia ada peluang nak tgk ni......
Saat Post at 15-2-2011 13:46
hebat.. takde la pun, hehe..
tapi kalo bertuah.. tu iyer..
memang betoi tak semua orang dapat peluang macam tu..
n aku antara salah sorang manusia bertuah di malaya yang dapat tengok UFO secara live..
bukannya satu, tapi banyak jumlahnya berpuluh2..
aku sampai skang selalu gak tengok langit malam2..
kot2 dapat lagi tengok UFO yang sama..
tapi aku rasa, itu pengalaman "once in a lifetime"..
jarak UFO tu semua jauh, macam duit lima sen kat langit..
tapi kedudukan betoi2 atas kepala aku ...
capiloton Post at 15-2-2011 14:06
seb baik ufo tu tak sedut tt ngan adik masa tu......aku ada dengar ufo ni ada kuasa menyedut objek kat bumi. maybe dorg nak amik buat experiment kot....
seb baik ufo tu tak sedut tt ngan adik masa tu......aku ada dengar ufo ni ada kuasa menyedut objek kat bumi. maybe dorg nak amik buat experiment kot...
Saat Post at 15-2-2011 14:09
hahaha.. tu la tu..
naseb baik tak kena kidnap..
kalo tak mesti jadi bahan experiment..
ya...mungkin selepas 350 tahun kemudian dorg pulangkan tt semula kat bumi. masa tu dunia ni ntah bentuknya.....hanya tt je tau la masa tu.
Saat Post at 15-2-2011 14:34
awal 90an mana ada handphone.. handphone camera lagi takde..
yang ada pun kamera filem, time tu pulak kamera aku takdok filemnyer..
kalo tak memang aku dah snap, report dalam paper..
rupa bentuk sebenar dia tak nampak.. cuma colorful light jer..
macam2 kaler ada.. statik jer dia duduk kat atas tu.. tak bergerak, tak berkelip..
kejadian ni blaku 3-4 thn lps....time tu aku tngh menunggang moto, nak pegi kelas malam. jalan time tu lengang, xde kenderaan lain..aku pon bawak la moto dgn rilek2, slow...sambil2 tu aku perhatikan langit...langit gelap malam tu, xde bintang...tiba-tiba.....jeng jeng jeng.....
aku ternampak ade cahaya panjang terapung statik dilangit...benda tu sejibik macam lampu pendaflour, cuma dia terapung kat langit... aku pon perhatikan la benda tu sambil bwk moto...lbh krg 1-2minit lps tu. dia ghaib sekelip mata,...aku pon rasa pelik, pebende tu?
sesampai di kelas, aku diam je la...malas nak cerita dgn kawan2...sebab nnt orang cakap tu halusinasi aku je.....tbe2 ade bdk pompuan dalam kelas aku kecoh2...dia ternampak ufo...dan tbe2 tanpa disuruh, aku pon menyampok la psl kisah aku tadi...tu la pengalaman aku...sekian.
Dah dua kali nampak samting yang san saspek as UFO. Pertama masa kecik2 dulu. Dalam pukul 3 pagi, kat kampung, bangun malam sorang2, gi memerut kat tandas luar umah. Kalau sekarang ni nak keluar rumah 3 pagi sebab nak memerut jangan harap la.
So dalam pada memerut tu, tgk langit, sebab pintu toilet bukak. Ada stau cahaya kecik warna putih yang bukan saja bergerak pantas kat angkasa, malah berpusing2, macam main2 pun ada. Tak mungkin kapal terbang sebab dia berlingkar2 dalam pergerakan yang sangat laju.
Kali kedua baru2 ni, benda yang sama, masa san jalan kaki balik umah waktu malam dari pasar malam. Pandang langit, ada cahaya merah kecil yang bergerak laju. Kalau kapal terbang, gerakan dia lurus je dan perlahan, tapi ni laju dan berlingkar2. San tegur, pastu adik san kata 'mana ada'. masalahnya bila san tegur dia hilang pulak.
adik san kata san main2 lak. padahal mmg betul nampak, tapi tak tau itu apa.