View: 668|Reply: 0
|
Selagi Guardiola ada, kelab lain sukar juarai EPL - Pochettino
[Copy link]
|
|
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino (kanan) dan pengendali Manchester City, Pep Guardiola. - Foto AGENSI
LONDON: Mauricio Pochettino sedar sukar untuk mana-mana kelab memenangi Liga Perdana Inggeris selagi Pep Guardiola masih kekal sebagai pengendali Manchester City.
Chelsea berdepan juara bertahan itu di Stamford Bridge tengah malam ini dalam usaha memburu kemenangan keempat dalam enam perlawanan liga, tetapi ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu itu.
Walaupun berbelanja lebih 1 bilion pound (RM5.74 bilion) untuk pemain-pemain baharu sepanjang 18 bulan Todd Boehly mengambil alih kelab, Chelsea semakin tercicir ke kelompok bawah liga - dari tangga ketiga di akhir musim 2021-22 ke tangga ke-12 musim lalu.
Pochettino mempertahankan persembahan dan keputusan dicapai pasukannya sejak dia mengambil alih pasukan pada Julai, dan mengatakan pemain-pemain muda memerlukan masa untuk menjadi lebih matang.
Menjelang pertemuan di London tengah malam ini, Pochettino bersetuju yang ia adalah satu cabaran sukar untuk menewaskan City di bawah kendalian Guardiola.
"Saya rasa kita semua cuba untuk berada di tahap mereka. Itulah cabarannya. Sudah tentu ia sukar.
"Jika dia terus berada di sana, dia mempunyai pengalaman, keupayaan dan pengetahuan. Dia jurulatih yang hebat. Sukar untuk menewaskan Manchester City.
"Tetapi kita perlu ada keyakinan. Bola sepak ialah tentang kepercayaan diri dan cuba untuk membentuk strategi bagi mengatasi pasukan lebih bagus," kata Pochettino.
Pochettino pernah menewaskan City di bawah kendalian Guardiola apabila Tottenham menyingkirkan mereka sebelum mara ke final Liga Juara-Juara Eropah 2019. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... arai-epl-pochettino |
|
|
|
|
|
|
| |
|