CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 0

EPL: Trossard puas cetak gol ke-1000 Arsenal

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

Leandro Trossard meraikan jaringannya bersama Bukayo Saka pada aksi bertemu Burnley awal pagi tadi.

LONDON – Pasukan Arsenal menepati ramalan apabila berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners berjaya meraih gol menerusi ledakan Leandro Trossard, William Saliba dan Oleksandr Zinchenko sebelum diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila Fabio Vieira dilayangkan kad merah pada penghujung saingan.

Lebih manis, Trossard berjaya mencipta sejarah apabila menjadi penjaring gol ke-1000 Arsenal di stadium keramat yang dibuka sejak 2006 itu.

“Sudah tentu saya bangga apabila dapat mencetak nama selaku penjaring kerana dapat membantu pasukan melakar kemenangan.

“Apa yang pasti, saya semakin serasi dengan rakan sepasukan terutama Bukayo Saka yang sering melakukan hantaran tepat untuk saya menjaringkan gol.

“Ini adalah keputusan penting dan harap kita dapat terus fokus apabila liga kembali bersambung nanti,” kata Trossard yang telah meledak enam gol keseluruhan pada musim ini. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ol-ke-1000-arsenal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.272739 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list