CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3310|Reply: 0

[Kelantan] 'Sudah lali diejek botak'

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Ezizulzaisyan Zulkarnin, 16, yang mengalami kecederaan akibat tersimbah minyak panas yang menyebabkan sebahagian kepala dan tangan kanannya melecur teruk ketika berusia dua tahun. FOTO IHSAN MUHAMAD EZIZULZAISYAN

Tumpat: "Saya sudah lali diejek 'botak' namun lama kelamaan ejekan itu sudah kurang didengari dan kekurangan fizikal itu saya atasi dengan aktif bermain sukan terutama hoki yang sudah diceburi sejak sekolah rendah," kata Muhamad Ezizulzaisyan Zulkarnin, 16.

Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor itu mengalami kecacatan kekal di sebahagian kepala dan tangan kanan selepas akibat tersimbah minyak panas ketika berusia dua tahun.

Kejadian pahit itu berlaku ketika dia bermain di dapur sebelum tersimbah minyak panas dalam kuali ketika ibunya sedang memasak.

"Saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dirawat hampir enam bulan kerana kecederaan di separuh kepala serta jari di tangan kanan yang melekat.



"Kulit paha saya diambil untuk membuat tampalan di seluruh tangan kanan yang melecur termasuk kulit kepala.

"Sehingga kini separuh kepala saya tidak ditumbuhi rambut, sebab itu ada yang ejek saya botak," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, kecacatan yang dialami remaja itu tidak menghalang remaja dari Kampung Pak Keral, di sini, aktif sebagai atlet hoki.

Lebih membanggakan, Muhamad Ezizulzaisyan Zulkarnin, kini dalam persediaan ke Perth, Australia untuk berentap dalam Kejohanan 'Hockey WA Gryphon Cup', pada 23 November ini.

Malah, sejak di sekolah rendah lagi, anak kelima dari tujuh beradik itu sudah menunjukkan potensinya dalam sukan hoki dan sudah dua kali mewakili Kelantan iaitu ketika berusia 11 dan 12 tahun.

Dia kini sedang menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Selangor sebagai persediaan untuk ke Australia nanti.

Muhamad Ezizulzaisyan berkata, walau secara fizikal, tangan kanannya masih jelas kesan kecederaan tapi tiada masalah untuknya memegang kayu hoki kerana kejadian pahit itu sudah lama berlalu dan tidak menjejaskan persembahannya selaku penyerang dalam pasukan.

"Memang rasa bangga kerana berjaya buktikan pada semua yang saya juga mampu berjaya walau ada kekurangan dan dalam masa yang sama dapat gembirakan kedua ibu bapa saya.

"Impian saya agar dapat terus harumkan nama negara dan tidak salah jika saya berhasrat untuk mewakili negara sehingga ke suatu mana-mana sukan berprestij dunia hari nanti," katanya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Bagi bapanya, Zulkarnin Che Zakaria, 50, tiada yang paling membanggakan mereka sekeluarga apabila anak yang sering dilihat penuh rasa simpati mampu melakarkan kejayaan demi kejayaan.

Zulkarnin berkata, mereka sekeluarga sering memberi dorongan agar Muhamad Ezizulzaisyan menumpukan minat dalam apa-apa acara sukan kerana bidang itu lebih berpotensi buatnya berbanding akademik yang dilihat sederhana.

"Kami tidak mahu Ezi lemah apabila mengenangkan kekurangan fizikalnya dan hasil sokongan demi sokongan, Ezi sudah berjaya berada di tahap sekarang, Alhamdulillah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-lali-diejek-botak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.173634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list