CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 0

[Selangor] Penduduk Taman Sri Muda minta dalamkan anak sungai elak banjir berulang

[Copy link]
Post time 13-11-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode

TERDAPAT tiga tambahan pam baharu jenis skru dibina pada Pintu Air Taman Sri Muda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.8 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan.



SHAH ALAM: Penduduk dekat Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini meminta kerajaan negeri mendalamkan anak sungai berhampiran Jalan Srikandi 25/14 bagi membolehkan ia menampung limpahan air ketika hujan lebat.

Anak sungai berdekatan pintu air ke Sungai Klang itu berdepan dengan timbunan lumpur sehingga mencetuskan dua aliran berbeza apabila menerima limpahan dari longkang di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Seorang penduduk, Izuan Ahmad, 49, berkata, keadaan anak sungai itu ketika ini menyebabkan paras air melepasi kawasan tebing sekaligus mencetuskan kebimbangan berlaku banjir di perumahan berkenaan.

“Saya diberitahu aktiviti pembinaan di situ melibatkan kerja-kerja meninggikan tebing di bahagian seberang (kawasan LKSA), namun masih terdapat timbunan lumpur pada bahagian tengah.

“Kerajaan sepatutnya bersihkan lumpur tersebut dan mendalamkan sungai kerana ketika ini apabila hujan lebat terdapat kawasan yang rendah seperti berhampiran Pangsapuri Valencia di Jalan Tokoh 25/8 dan rumah disekitarnya dimasuki air apabila hujan lebat lebih sejam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tinjauan pemberita di Pintu Air Taman Sri Muda mendapati terdapat tiga pam baharu jenis skru ditempatkan di sana serta pembinaan tembok bagi menghalang limpahan air dan ban pecah siap dibina.

Selain itu, terdapat kerja-kerja pembinaan tebing berhampiran LKSA sedang dilakukan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Ang Beng Tee, 64, memaklumkan sejak pintu air berkenaan berfungsi dan pembinaan tembok dan tebing dilakukan tiada lagi kejadian banjir buruk seperti yang pernah berlaku pada 2021, melanda kawasan perumahannya.

“Saya tak pasti kalau pam baharu itu sudah berfungsi, tetapi tiada lagi banjir walaupun hujan lebat. Cuma saya perasan tempat-tempat lain yang rendah masih lagi banjir jika hujan lebih daripada sejam.

“Tetapi, saya hendak berpesan supaya pihak berkuasa memastikan bantuan sampai ke kawasan ini jika banjir berlaku sebab ketika bencana pada tempoh hari tiada bantuan tiba kecuali jiran-jiran menghulurkan makanan kepada penduduk yang kehabisan bekalan,” ujarnya.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Infrastruktur, Izham Hashim berkata, di kawasan perumahan tersebut terdapat kerja-kerja naik taraf pam dengan peruntukan sebanyak RM6.8 juta dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun hadapan.

“Sekarang ada enam pam, tambah tiga pam skru jadi sembilan, tetapi dua daripadanya adalah sementara akan keluarkan bila pam baharu siap. Tiga pam skru itu kapasitinya besar 5,000 liter persaat lebih, jadi kita buang dua yang kecil sahaja dalam 500 liter persaat.

“Selain itu, baru-baru ini Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM160 juta untuk membina tembok penghalang banjir di sana yang dijangka dimulakan kerja-kerjanya pembinaannya pada bulan depan,” jelasnya.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ak-banjir-berulang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.473104 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list