CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hujan tahap waspada diramal landa pantai timur Khamis ini

[Copy link]
Post time 13-11-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan negeri pantai timur dan pantai barat Sabah bermula 16 November sehingga 19 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca itu dijangka membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Terengganu bermula Khamis ini sehingga 18 November.

"Bagi Pahang di Jerantut, Kuantan dan Pekan, Pahang serta Sabah iaitu pantai barat Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka berlaku pada 17 November hingga 19 November ini," katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 3 petang ini.



Menurutnya, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dan Terengganu di Besut dan Setiu.

"Di Pahang ia akan membabitkan kawasan Kuantan dan Pekan, Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Sembilan, Negeri Sembilan.

"Selain itu cuaca sama turut membabitkan Sarawak: Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu • Sabah: Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-timur-khamis-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.185482 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list