|
Melalui satu video tular di TikTok, kelihatan kepulan asap kecil daripada bahagian belakang sebuah lori sampah dipercayai daripada bahan buangan yang mudah terbakar.
"Aduh janganlah buang benda macam ni dalam sampah, bahaya boleh terbakar lori tu. Nasib baik kami perasan sebelum benda tu masuk ke dalam lori, kalau tidak habis terbakar semua.
"Cepat ambil air kita siram. Apa agaknya yang dia letak tu? Mungkin ada bara api daripada peralatan sembahyang," soal pekerja pembersihan tersebut sedikit geram.
Seorang rakannya kemudian menyimbah air ke atas timbunan sampah sebelum diperiksa dengan lebih lanjut.
"Ini macam power bank je, nampak rupa macam petak. Garing bunyi, nasib baik cepat kita sedar," ujarnya.
Pada ruangan kapsyen, pekerja pembersihan itu memberi peringatan agar orang awam tidak membuang semua sampah dengan sewenang-wenangnya.
"Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati.
"Asingkan barang-barang yang tak sepatutnya," kata pekerja pembersihan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata peralatan elektronik seperti bateri perlu diasingkan untuk dikitar semula.
Sumber: mStar |
|